Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selepas kecoh di twitter mengutuk cerita 2 alam dan ada yang memerli Dr. Rozmey. Yang bising tersebut kebanyakan tidak tengok lagi. Bising-bising pon x guna jadi aku nekad dengan Linda malam tadi terjah panggung untuk pengetahui cerita itu. Apa teruk sangat ker cerita itu sampai orang dok kecoh-kecoh.Sebelum itu aku bagi tau sinopsis cerita itu dulu
Cerita 2 alam mengisahkan seorang lelaki bernama Adam telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana dia telah menukar jantinanya kepada perempuan dan menjadi penyanyi dan menggunakan nama Amy. Kehidupan perempuannya bergelumang dengan maksiat. Oleh itu ketika mati, banyak permasalah berlaku semasa rakan baiknya ketika kecil menguruskan jenazahnya.
Cerita ini bercorak keagamaan. Cerita ala-ala drama televisyen bila waktu puasa. Cerita ini tidak seteruk mana seperti yang telah digembar gemburkan oleh wartawan sebelum ini. Golongan yang kritik cerita ini adalah terdiri dari:
- Panas badan tengok cerita berunsur agama.
- Tergolong dalam kumpulan lelaki lembut.
- Anti dengan filem melayu.
- Anti filem bercorak keagamaan.
Jadi pada golongan diatas, aku tidak galakan korang tengok cerita ini sebab korang memang akan kutuk habis-habisan. Semasa dalam pawagam aku duduk sebelah dengan sekumpulan lelaki lembut atau bahasa kasarnya pondan. Selapas habis cerita ini, sorang rakannya bertanya; “Nyah ko insaf ker tengok cerita ini”. Rakannya bangun untuk keluar dan menjawab; “Tak”. Aku tau badan dia panas cikit walaupon dalam hall tersebut sejuk sebab pada waktu itu hujan diluar.
Berbandingkan cerita Cuti-cuti Cinta, aku rasa cerita ini lagi bagus. Cuma sesetengah gelongan yang aku nyatakan diatas yang akan merasakan cerita ini teruk. Tahniah kepada Dr. Rozmey kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam dengan membuat cerita tersebut. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Aku bagi 3 bintang untuk cerita ini.
Belum berkesempatan tengok cerita ni,hanya baca review datri rakan-rakan blogger je
Baca jer review. Kalau tidak percaya baru g tengok :D
a’ah..apa yg aku baca dr blog2 org ramai yg kutuk cerita ni..n depa bandingkan dgn cerita harry potter..tu yg aku nmpk la..
tp mcm not bad je cite ni..
entoh ape2 diorg ni bandingkan cite mat saleh dgn cite melayu
asal cerita nie tak best ke apa??
alo cerita melayu.biasa2 jer.tp x der la trk sgt
Assalamualaikum…
Aku suka entri ni bro… Kerana dR Rozmey bercakap besar, diorang terus x support citer ni… hua hua hua… Btw, fikiran bro mmg positif.. Awal² aku mmg kutuk giler citer ni tp dinasihatkan oleh seseorang yg namanya Anon so aku stop kutuk… Woo!.. Syabas bro!
Btw, aku belum tengok lagi ceritanya camne… InsyaAllah aku layan nanti. :)
Ingat Hijau Ingat Daus
Waalaikummasalam.
Itu la semua orang dok kutuk. jadi utk tahu hal sebenar,baik aku sendiri terjah panggung.
Dari review kamu macam filem nih xseteruk yang digembar gemburkan.. Erm, kne tengok sendiri nih. Thanks bro :)
Love,
PojiePooh Abdullah
Aku malas nak dgr org cakap.baik aku sendiri tgk.hihi.. :D
tak apa baca review ajalah.
hihi..baca jer review
Tp kenapa 3 bintang je? :P
hihi…cite melayu x leh bintang byk2.wakaka..Cite biasa2 jer tp x teruk mana pon mcm di gembar gemburkan
aku blum tgk cite ni & dh lama xberkesempatan g wayang..but personally aku rasa filem nie xde la teruk sgt..ada mesej yg nk disampaikan berbanding sesetengah cerita komedi melayu yg xde mesej lgsung.. satu sbb org kutuk2 & xsupport filem nie maybe sbb cara promosi dr rozmey yg ala2 poyo n syok sndri tue..
itu la,sbb berlagak tu yg org kutuk sgt
kesiannn…… lepas neh takda pelakon nk keje dgn dri rozmey lagi
aku nk bt filem. ko nak blakon? haha..
Hurmmm…. kena banyak buat POST MORTEM la filem nie nanti…. ;-p
alang2 postmortem,bt skali dgn rozmey.hihi..