Semak Sijil Nikah Sebelum Bernikah.

Assalamualaikum. Pada petang jumaat yang mulia ini mari kita bercerita sedikit tentang ilmu agama. Aku bukan bijak sangat soal agama sebab aku bukan uztad. Kalau korang ingin tahu lebih lanjut, korang boleh bertanya dengan uztad atau guru agama. Aku cuma ingin berkongsi apa yang aku dengar dan baca untuk dijadikan pedoman. Insyallah.

Seperti yang kita ketahui kes buang bayi makin berleluasa di negara kita. Isu ini makin hari makin menjadi-jadi. Tapi aku tidak mahu membincangkan tentang isu ini sebab banyak pihak telah membicangkannya dan ada yang mencari jalan penyelesaian. Itu kes lelaki yang jenis tidak bertanggung jawab. Bagaimana pula kes lelaki bertanggungjawab yang mengahwini wanita tersebut setelah mengetahui bahawa teman wanitanya telah hamil. Untuk menutup malu, maka lelaki ini menebus kesalahan dia dengan menikahi wanita tersebut ketika masih hamil. Untuk hukum menikahi wanita yang hamil anak tidak sah taraf, korang boleh baca disini Hukum Kahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah yang ditulis oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman.

Apa yang aku maksudkan dengan “Semak Sijil Nikah Sebelum Bernikah”? Baiklah isu nikah sudah selesai, maka hiduplah mereka suami isteri. Dalam tempoh 9 bulan maka lahirlah seorang bayi perempuan hasil berbuatan zina itu. Anak itu membesar dengan baiknya. Bila mececah umur dewasa, maka anak tadi ingin berkahwin. Maka bersiapan dibuat dan tibalah hari dinanti-nantikan iaitu masa akad nikah. Akad nikah tersebut diwalikan oleh bapa perempuan tadi. Selesailah majlis akad nikah dengan sekali lafaz. Aku ingin bertanya kepada korang, adakah sah akad nikah tersebut?

Tidak sah akad nikah tersebut. Kenapa pula? Memang bagus lelaki terbabit sebab jenis bertanggungjawab tetapi bertanggungjawab tidak bermaksud dia boleh mewalikan anak perempuan tersebut walaupon itu benih dia. Untuk penjelasan lebih lanjut korang boleh baca Status Anak Diluar Nikah. Alhamdulillah Jabatan Agama Islam Malaysia memeriksa dahulu sijil nikah ibu bapa bakal pengantin tersebut sebelum melulauskan permohonan perkahwinan. Tujuan pemeriksaan tarikh penikahan ibu bapa ini adalah penting kerana jika tidak sah pernikahan tersebut anak terbabit akan hidup dalam zina dan anak tidak sah taraf akan dilahirkan. Seperti kes ini :

Bapa tidak boleh walikan pernikahan anak tak sah taraf

Soalan:

SAYA ingin berkahwin akhir tahun ini dan sudah menghantar borang permohonan berkahwin ke pejabat agama Islam. Selepas beberapa hari, saya dimaklumkan permohonan tidak dapat diproses kerana pegawai jabatan agama Islam mendapati tarikh lahir saya tidak sampai empat bulan dari tarikh pernikahan ibu dan bapa. Saya dikatakan sebagai anak tak sah taraf. Permohonan saya dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Mengapa saya perlu berbuat demikian, sedangkan dalam kad pengenalan tertulis bahawa saya berbintikan bapa kandung. Bagaimana cara untuk saya memohon kebenaran dan apakah dokumen yang diperlukan?

Wallahualam.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Semak Sijil Nikah Sebelum Bernikah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.