Majlis Berbuka Puasa Dengan Blogger

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Aku hendak mengajak blogger-blogger yang ade masa terluang dan berminat untuk berbuka puasa sekali. Tujuan majlis ini dibuat adalah sekadar untuk lepak-lepak dan bersuai kenal. Bukan aktiviti formal pon. Makan pon order dan bayar sendiri. :)

Majlis akan dibuat dia kedai makan Permai Western & Tom Yam, Jalan AU 1A/1 Setiawangsa. Kedai ini menjual makanan goreng-goreng panas, western food yang terkenal dengan kemurahan dia dan macam-macam lagi. Ini bukan makan secara buffet yer, jadi kena order. Oleh sebab demikian kalau boleh berkumpul area situ dalam pukul 6 untuk order makanan. Berdekatan dengan kedai tersebut terdapat bazar ramadhan, jadi siapa hendak mencari makanan tambahan juga boleh. Tapi yang penting, restoran ini menyediakan kurma dan air suam PERCUMA.haha..

Tempat : Permai Western & Tom Yam, Jalan AU 1A/1, Setiawangsa.
Masa : 6.00 petang
Tarikh : 21 Ogos 2010 (Sabtu)

Kalau berminat korang boleh comment di bawah dengan menyatakan berapa kepala mahu join sebab hendak buat tempahan meja. Paling lewat korang bagi tahu hendak join ialah jam 4.00 petang 20 Ogos 2010 (Jumaat).Bila korang sudah kompem baru aku kasi no telefon untuk korang contact aku kalau tidak jumpa anak perak yang hensem ni :p Nanti letak sini takut ade orang jaja.

Tetamu Yang Akan Handir :

Kalau hendak main-main google map, bawah ni aku sediakan.

View Larger Map

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

37 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Dengan Blogger

  1. bawak satu family pon xper.majlis ini sendirian berhad mean sendiri byr.jadi x kisah nak bwk anak isteri.memang digalakkan pon,baru meriah. :)

  2. HuiiyoOooo~ best nie makan2.. heheeh ade insan yang dah lame aku tak jumpe! Jen! ehehehe~

    Aku ada kat KL pagi, rasa tak jauh tu law g Setiawangsa.. teheee..~

    yours
    SH

  3. alalalala…..maap ye…xdpt nak join..lokasi rumah telah di tukar. bukan d au3 tp di bukit jalil. maaf sgt2. broframeston & khaizarien x dpt nk join

  4. maaf emi….

    bro maybe xdpt join.. coz kne g bukit jalil umah baru akak ipar beramai-ramai..

    denagr cite bro kne ade untuk kepalai bacaan yasin n solat terawih…

    arghhhhh….

    kim salam pada semua ek….

    next week kat shah alam, insya’lah bro ada

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.