Bertudung Untuk Fesyen

Assalamulaikum dan selamat pagi. Salam ramadhan untuk hari yang ke-15 kalau tidak silap aku. Maksudnya sudah 1/2 bulan kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya berpuasa penuh. Cepat sahaja masa berlalu yer. Lagi dua minggu kita akan berhari raya. Gaji sudah masuk dan perlu berjimat cermat untuk membuat persiapan raya.

Bila bulan puasa ini, maka penuhlah di tv cerita² berunsurkan keagamaan. Bila unsur keagaaman jadi untuk menampakan watak kesolehan sesorang perempuan maka tudung memainkan peranan peting. Antara artis yang aku nampak artis yang tidak bertudung tapi bertudung dalam lakonan adalah Lisa Surihani dalam cerita Tudung Express, Fasha Sanda dalam Teh Tarik Kurang Manis dan banyak lagi artis² lain.

Aku perhatikan tudung ini hanya untuk lakonan dan untuk berfesyen sahaja seolah-olah mempermainkan soal menutup aurat ni. Maka akan akan lakulah pelbagai jenis tudung-tudung yang bernamakan artis-artis popular raya ini. Yang tidak pakai tudung dan berubah memakai tudung itu, alhamdulillah mereka ingin berubah. Macam mana yang sekadar bertudung untuk berfesyen atau lakonan. Adakah ia tersenarai dalam ciri-ciri manusia munafik? Wallahualam, tepuk dada tanya iman.

P/S : Maaf jika mana-mana pihak terasa hati, aku menulis berdasarkan pandangan aku dan tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Bertudung Untuk Fesyen

  1. betul tu. kalau nak buat cerita bertudung, amik lah artis yg betul2 pakai tudung. so takdelah nampak hipokrit kan. ramai je artis yg dah pakai tudung skrg. kalau susah sgt amek je aku ni ha berlakon….hahaha…

  2. Btol. Btol. Btol. Paling tk sker citer Tudung Express tu dan tak penah tgk pun. Lagi2 bila dia menggunakan ‘tudung’ sbg tajuk drama. Dah tu express plak. Apa yg cuba disampaikan oleh drama ini? Sdh la pelakon2 pun mmg jenis tak bertudung.

  3. biar betik..kita ni jangan lah dok emosional, diorg tu berlakon je.di bayar gaji.produser suruh mcm ni,diorang buatlah.
    artis yang bertudung sikit je,tapi dah makin ramai artis mula bertudung.Hidayah dari allah

  4. alasan dari pihak produksi cerita yg pernah baca dulu,

    dia cakap kalau ambil yg betul2 bertudung, nanti susah nak berlakon scene yang terpaksa pelakon tu bukak tudung..

    haih..

  5. at least ada gak producer berminat nak tunjuk drama pasal tudung.. takder pasal citer awek korporat jep

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.