Yeah, Internet Aku Sudah Ok! TQ P1 Wimax

Post sebelum ini aku telah menyatakan hasrat aku untuk cancel perkhidmatan P1 Wimax. Selepas sahaja entry itu di publish pihak P1 Wimax telah menghubungi aku. Pada mulanya mereka mencadangkan untuk swap aku punya Wiggy kepada Desktop Modem tetapi aku menyatakan pada dia bahawa kelmarin technician yang datang cuba connect juga menggunakan desktop modem namun gagal. Then dia kata akan hubungi aku selepas berbincang dengan bos dia.

Untuk seketika dia call balik dan menyatakan bos dia bersetuju untuk memberi perkhidmatan percuma selama sebulan dan telah membuat report ke bahagian technical tentang isu aku ini. Aku bersetuju dengan tawaran mereka. Kalau tidak petang semalam aku sudah cancel account aku, nasib baik aku tidak cancel. Petang semalam aku try connect sudah boleh. Tetapi signal dia tidak sekuat sebelum ini. Tadi aku mendapat panggilan dari technician yang mereka telah buat troubleshooting di base station hari ini dan sekarang aku mendapat connection seperti biasa. Aku ucapkan terima kasih pada P1 Wimax terutama P1 Cares di tweeter yang betul-betul mengambil berat tentang customer dia. Terima kasih tidak terhingga :)

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Yeah, Internet Aku Sudah Ok! TQ P1 Wimax

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.