Sorry Kepada Semua Yang Hadir Gath GB

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah sampai juga aku di kampung halaman. Masa di highway tadi, masuk sahaja sempadan negeri Perak hujan turun mencurah-curah punya lebatnya sampai jarak penglihatan terhad. Time macam ini la ada sesetengah kereta menyalakan ‘hazard light’. Wei, korang ambik lesen kat mana! Sape ajar korang kalau hendak bawak slow or tidak nampak jalan pasang double signal? Korang tahu tak tindakkan korang membahayakan pemandu lain sebab tidak tahu sama ada korang hendak membelok atau tidak.

Tujuan post ini di tulis sebab ingin meminta maaf kepada semua tetamu yang hadir untuk Gathering Geng Blogger. Maaf sebab apa? Maaf sebab aku tidak dapat join korang lama. Sudahlah datang lambat tapi bla awal.huhu.. Aku mintak maaf sebab tidak dapat dielakkan. Aku bercadang untuk balik sini malam tadi, tapi aku postponekan sebab untuk menyokong event ini. Aku ucapkan tahniah la kepada Joe sebab berjaya menganjurkan event seperti ini dan hope dapat dianjurkan lagi dimasa hadapan. Hope juga time itu aku free.

Tidak ramai aku cam muka yang hadir gathering ini. Sampai-sampai 1st muka aku nampak adalah Kak Ina. Eh silap, yang 1st muka aku nampak adalah miss ~ReD~. hehe.. Then Broframestone dan Ery. Pada yang lain aku mintak maaf jika aku tak cam. Ye la, yang aku senaraikan ni aku pernah jumpa secara face to face mean tidak secara ramai² jadi mudah la aku mengenal dan mengingat. Apa pon aku sekali tahniah kepada penganjur.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

21 thoughts on “Sorry Kepada Semua Yang Hadir Gath GB

  1. Kira oklah tu.. bukan dekat kan..
    aku ingat nak curi gambar no 2 tu.. tapi sebab kecil sgt dan gambar aku agak sayup.. aku batalkan la niat jahat ..

  2. Apa nak buat..ada hal kan…mestilah muker Red yg kamu nampak dulu..alahai ..tak sangka betullah..

    akak pun malu kucing sebab tak kenal ramai blogger yang hadir hari ni

  3. Ingat nak join..mungkin dilain kali..segan pun ada sebab yelah kitakan blogger ciputan..hehe..check my entry ELLA berkasih dengan ANAKPERAK..ahaks..jangan mare kuang..kuang..kuang

  4. Oh… Gambar saya baru nak bangun… hehehe..
    Saya pun datang lambat. Tak sempat nak berkenalan.
    (^_^)

  5. kannnnn… aku giler nyampah org yg pasang hazard light x pasal2… aku umor 8 taon dulu pn da tau mende tu x elok n bahayakan org. ngek btol ler… masa test dulu x pass kerrr dorng ni?? (wah, emo lak, haha)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.