UPSR & PMR Dimansuhkan?

Kementerian Pelajaran bercadang memansuhkan peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (PMR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan alasan kerana bagi menukar konsep belajar untuk menhadapi peperiksaan. Tapi perkara ini masih dalam perbincangan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran meminta pendapat dari semua orang tentang perkara tersebut.

Bagi aku sebelum perkara ini berlaku banyak perkara kena fikir. Antaranya bila UPSR dimansuhkan bagaimana kita hendak mengukur tahap pencapaian pelajar tersebut selama enam tahun dia belajar di sekolah rendah. Bagaimana kita hendak ketahui sama ada dia bersedia menghadapi sekolah memengah. Macam mana pula kemasukkan ke sekolah berasrama penuh dipilih. Untuk PMR, peperiksaannya kearah menentukan aliran apa yang mereka akan ambil. Jika PMR dihapuskan macam mana hendak menentukkan aliran pelajar tersebut.

Kementerian perlu memperjelaskan bagaimana soalan SPM akan dibuat. Adakah soalan akan dibuat dari apa yang dibelajar dari darjah satu hingga ke tingkatan 5? Adakah tidak akan membebankan pelajar untuk mengingat apa yang dibelajar selama 12 tahun? Aku paham, kementerian ingin mengelak pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. Selepas peperiksaan semua benda dibelajar akan dilupa. Tapi jika pelajaran tersebut ada kesinambungan maka pelajar tersebut tidak akan lupa selepas peperiksaan. Aku rasa kena tukar silibus pelajaran baru mansuhkan UPSR dan PMR. Itu pendapat aku. Pendapat anda?

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

3 thoughts on “UPSR & PMR Dimansuhkan?

  1. 50tahun lagi.. semua peperiksaan di U akan dimansuhkan…. he…23x

    ape ke halnye nie…

    ade otak fikir2kan la… kite xpush pelajar untuk menjadi yang terbaik tetapi bagi perluang kat pelajar untuk menunjukan minat mereka…

    xguna jika BM BI hancur nk jadi lawyer…

    xguna jika sejarah tonggang langang nk jadi ahli politik

    xguna jika math pun kira xbetul nk jadi pakar kewangan

    xguna jika pendidikan islam entah hape2 nk jadi ahli ulamak

    masing2 kita boleh fikirkan…. orng yng dapat 1A n semua fail pun kekadang lagi bagus dari mereka yang semuanya fail

  2. Apabila beribu-ribu syarikat-syarikat penerbitan buku dan pusat-pusat tuisyen mengeluh, itu adalah petanda bahawa sistem pendidikan Malaysia tidaklah terlalu sempurna. Mengapa ? Kerana jika betul-betul sempurna, pelajar-pelajar sekolah tidak perlulah kepada bahan-bahan rujukan luaran dan tuisyen tambahan. Hakikatnya golongan komersial ini telah mengaut keuntungan sejak sekian lama.

    Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, macamana mereka nak ‘survive’ dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”. Itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Mereka tidak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah mereka betul-betul faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tidak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem penilaian baru dibentuk supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai (walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal).

    Antara sistem penilaian baru yang boleh dicadangkan ialah dari aspek kepimpinan, kerohanian, sahsiah, moraliti, komitmen dalam gerak kerja berkumpulan, ‘public speaking’, ‘creative thinking’, keupayaan dalam merekacipta sesuatu yang baru (inovasi), ‘internal self defensive’ (ketahanan diri supaya tidak mudah terjebak dengan gejala sosial) serta ‘decision making’ (kemahiran penyelesaian masalah/membuat keputusan secara tepat).

    Lagi satu, pelajar universiti boleh mendapat ijazah seawal 20 tahun dan boleh memperolehi Phd sebelum berumur 25 tahun. Dengan ini peluang kerja akan semakin bertambah kerana kebanyakan syarikat-syarikat besar hanya inginkan graduan yang berumur di bawah 23 tahun supaya boleh diletakkan dalam skim apprentis (tempoh percubaan). Bayangkan kalau umur dah mencecah 26 – 28 tahun, bagaimana sistem apprentis boleh diwujudkan kerana tempoh percubaan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 – 2 tahun sebelum boleh diserap ke jawatan tetap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.