Assalamualaikum. Mula-mula rasa malas untuk update blog. Tapi kesian pula kepada pembaca² aku menantikan entri terbaru untuk hari ini. Cewah, macam ade peminat setia sahaja. Kepala aku berdenyut², lama tidak rasa sakit macam ini. Rasa macam hendak demam. Mungkin panas sangat tadi di kenduri kahwin. Sebut pasal kenduri kahwin, nasib baik ada GPS kalau tak memang sesat aku disana.
Tips aku hendak bagi ini aku dapat dari ex gf aku. Alhamdulillah memang banyak membantu aku melupakan dia dan redha atas apa berlaku. Aku kini still berkawan dengan dia. Yang penting buang sifat ego jauh². Perlu ada sifat pemaaf dan beriman kepada Qada dan Qadar
Bila aku cakap susah melupakan dia.
Penuhkan hari aku dengan membuat solat fardhu dan solat sunat.
Rasa sunyi selepas dia tinggalkan aku
Penuhkan sunyi-sunyi aku dengan membaca Al-quran.
Adakah dia akan menerima aku balik?
Sama-sama kita buat solat sunat istikharah, dari situ kita dapat jawapannya.
Aku masih sayangkan dia.
Doakan dia bahgia dengan pilihan hatinya sebab dengan cara itu membuktikan aku sayang terhadapnya.
Bolehkah kita berkawan?
Boleh. Janji tahu batas sebagai kawan.
Bolehkah kita berjumpa?
Boleh. Janji telah memberitahu kapada pasangan masing²
Selamat Mencuba. Aku mahu rehatkan minda aku dengan tidur. Good Night semua. Esok aku review untuk cerita Lagenda Budak Setan, insyallah.
begitu perit bila alami perpisahan..hanya org yg alaminya sahaja yg memahaminya
Yup, just forgive and forget bro. Allah lebih tau apa yg terbaik untuk kita dimasa hadapan sbb tu dia uji kita dengan benda2 mcm ni.