Review : Killers

Assalamualaikum.Selamat pagi isnin semua. Pagi ini terasa moody gila bila orang kita sayang jugak moody. Macam kata aurikelsan di twitter “mood kadang2 leh berjangkit.. get ur vaccine now!!! XD”.huhu..I hate this feeling. Apapun aku hendak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Tun Nurashikin. Macam ini eja namanya yer. Dulu hari 1st aku jumpa dia memang terus melekat nama penuh dia dalam kepala otak aku. Tapi semenjak lama tidak contact lupa sikit. Tapi aku ingat bezday dia sebab dah tertulis dalam hp ni.hehe..

Ok review cerita Killers. Sebenarnya sudah lama aku hendak menonton cerita ini namun apakan daya aku tidak dapat invitation dari Nuffnang. Jadi menontonnya pakai duit sendiri. Dari hari ke hari asyik tertangguh untuk menonton disebabkan ticket selalu sold out. Alhamdulillah weekend baru-baru ini akhirnya aku dapat menontonnya. Kenapa aku ingin sangat menonton cerita ini sebabnya cerita ini berkonsepkan romantik,action dan komedi, memang lengkap habis. Memang ganre filem pilihan aku sebab kalau terlalu jiwang dan serius sangat macam cerita Lagenda Budak Setan memang aku tidak suka menontonnya.

Killers mengisahkan Spencer Aimes (Kutcher) seorang penyiasat aka spy yang telah jatuh hati dengan Jen Kornfeldt (Heigl). Mereka akhirnya berkahwin, namun Jen Kornfeldt masih lagi tidak mengetahui Spencer Aimes seorang spy. Akhirnya rahsia Spencer Aimes terbongkar apabila ramai orang ingin membunuh dia kerana orang jahat menawarkan sebanyak kalau tidak silap aku 20 juta jika dapat membunuhnya. Paling dasyat, sampai jiran-jiran dia juga sanggup hendak membunuh dia sebab hendak duit.

Pendapat aku cerita ini: Cerita dia memang best lengkap dengan action, romantik dan komedi. Aku yang memang minat gila cerita ini aku bagi 4 ½ bintang. Apa lagi, serbulah panggung wayang berdekatan. Next movie, karate kid. Bila nak tengok pon tidak tahu.

P/S : Lama gila aku buat entri ni. Dari pagi dah nak masuk tengah hari baru publish.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Review : Killers

  1. dah amek vaccine blom? hahaha aku nie berderet list movie nk tgk; prince persia, karate kid, killers, A-team, toy story, nanny mcphee..dh msuk 3x weekend bz ngn kenduri..adoyaii…

  2. Belum lagi.nak kena amik cuti btlkn mood dia baru mood aku ok.hehe..Pergh..banyak gila nak tengok.hehe..nasib baik aku dah tgk separuh dr list ko.tggl lg separah jer.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.