Hukum Memakai Cincin Bagi Lelaki

Bolehkah lelaki memakai cincin/barang perhiasan bertatahkan berlian (sama ada tulen atau campuran)? Batu apakah yang dibolehkan untuk dipakai oleh lelaki?

Boleh bagi lelaki memakai cincin bertatahkan berlian. Walaubagaimanapun sebaik-baiknya elakkan daripada memakai cincin bertatahkan berlian kerana ia merupakan perhiasan wanita

Apakah hukumnya bagi lelaki memakai cincin emas yang disadur dan dicampur dengan bahan lain seperti suasa? Maknanya bukan 100% emas.

Memakai cincin yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihi daripada perak maka ia dihukum emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram.

Saya ada terdengar ada satu hadis mengatakan bahawa haram hukumnya sekiranya memakai cincin di jari telunjuk dan jari hantu kerana ia adalah tabiat kaun nabi Lut. Adakah benar?

Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :

Rasulullah SAW memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : “Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. Hadith Riwayat Muslim.

Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai.

Sumber JAKIM

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Hukum Memakai Cincin Bagi Lelaki

    1. emas putih terdiri dari campuran emas kuning atau emas tulin 999,
      biasanya kandungannya adalah 75%. 25% lagi adalah samada
      logam nikel, atau palladium..

      warna asalnya bukanlah sebenar-benar putih. ada nampak sedikit kekuningan… untuk putih, ia mestilah di sadur.

  1. Assalamualaikum,

    Suasa sebenarnya adalah campuran antara logam emas, perak dan tembaga merah( kebiasaannya).

    untuk mendapat logam suasa, campurannya mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 37.5% emas tulin. selebihnya
    mengikut citarasa. lebih kandungan perak akan menyebabkan warnanya lebih kuning pucat… lebih tembaga merah(copper), warnanya akan lebih kemerahan..

    sekadar membetulkan tentang campuran suasa.. apa pun sy amat setuju dan menyokong hukum haramnya suasa dipakai oleh kaum lelaki.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.