Alias Sebagai ID Tambahan Yahoo! Messenger

Lama tidak buat tutorial. Hari ni tiba-tiba mahu buat tutorial sebab member aku sudah kena wakenabeb dengan aku. Macam-mana dia boleh terkena? Aku kenakan dia melalui Yahoo Messenger dengan menggunakan ID lain. Macam mana aku boleh mempunyai banyak id? Adakah aku mempunyai banyak akaun email Yahoo? Ha, ini aku hendak cerita tentang alias. Alias ini bukan nama ayah member aku, alias ialah nama lain bagi seseorang. Dengan hanya satu login id, anda boleh menambah dan menggunakan nama samaran. Bagaimana caranya, sini aku akan tunjukkan.

Di Yahoo Messenger anda tekan menu Messenger -> My Account Info

Selepas itu terbukalah satu windows browser baru dan meminta anda memasukkan katalaluan untuk pengesahan. Setelah masuk, anda skrol window ke bawah dan cari Account Settings dan click Manage your Yahoo! Aliases

Kemudian click pada Add an Alias dan tekan save. Yahoo! akan memeriksa sama ada alias yang anda masukkan sudah digunakan atau tidak. Jika ada, anda perlu mencari nama lain.

Maka siaplah sudah menambah aliases. Bagaimana hendak menggunakannya? Baiklah, macam biasa anda click siapa yang ingin anda borak. Sebelum start menulis, anda dapat perhatikan dia bahagian atas textarea terdapat Send As. Anda pilih id mana yang hendak digunakan. Selepas itu mulakan perbualan seperti biasa.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

9 thoughts on “Alias Sebagai ID Tambahan Yahoo! Messenger

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.