Tips Ringankan Blog [Widget]

Dalam tips sebelum ini, aku mendapat comment dari ampuan awang mintak tolong aku tengok kenapa blog dia berat. Memang kena dengan tajuk aku nak tulis ini. Template dia adalah facebook punya template. Aku pernah guna template ini masa dalam kesedihan Facebook kat office kena blog. Template ini memang ringan coz banyak guna repeating image. Tapi kenapa blog dia still berat? Oklah, malas merepek banyak, puncanya adalah widget

Dia banyak menggunakan widget. Tidak salah menggunakan widget. Tapi biar berpada-pada. Buang jika tidak perlu.Aku dulu selalu gak tambah² widget ni. Bila nampak kat blog orang lain ade widget itu, aku pon nak gak. Penuh bersepah blog aku. Korang pilih widget yang difikirkan perlu. Kalau korang sendiri tidak tahu tujuan letaknya, baik korang buang.

Lagi satu yang menjadi punca utama blog ini berat adalah widget video yang banyak. Walaupon korang tidak buat autoplay tetapi blog korang still streaming utk mendapat maklumat video itu dari server. Aku tahu, korang nak share video yang korang jumpa or minat. Jadi korang boleh guna cara lain. Kan blogspot sekarang boleh create page baru. Jadi gunakan kemudahan itu. Korang letak semua video korang minat kat situ. Bukan sahaja meringankan main page korang tetapi korang boleh tengok video dalam saiz yang besar.

Selain itu dia banyak menggunakan javascript. Dalam post aku sebelum bertajuk Guna JavaScript Biar Berpada². Aku telah terangkan penggunaan javascript.Boleh rujuk yer.Harap ini boleh membantu ampuan awang dan blogger lain.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Tips Ringankan Blog [Widget]

  1. line celcom kurang sangat aksinya; inilah penyebab utama lambatnya proses [loading] blog. aduh, celcom…

    Anak Perak : tapi orang lain pon pakai line celcom gak kn.Jadi kita kena fikir gak pelawat kat blog kita.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.