Why Smartphones can be Dumbphones

1st aku nak ucapkan terima kasih pada Bean sebab alertkan aku pasal contest ni.Aku respek sama dia sebab memang alert benda² macam ni.


Memang smart phone ni kan? ye la nama pon smartphones.

Ok, sebenarnya aku juga pakai Smartphone.Eh, Nokia E71 kategori smartphone ker? Ye la kot, kategori smartphone murah.haha.. Terfikir juga kenapa smartphones boleh jadi dumbphones. Setelah aku termenung sambil mengunyah karipap lebih dari meeting tadi sambil menghirup tea yang sudah sejuk kena aircond, baru aku terfikir memang aku tidak menggunakan sepenuhnya smartphone aku.


Banyakkan Application untuk Blackberry.Tapi semua ini useless tanpa internet

Aku gunakan Quickword untuk menaip post baru tetapi aku cuma menaip disitu sahaja, bila hendak post aku cari wireless conection atau aku transfer ke laptop. Baik aku pakai laptop sahaja lagi senangkan, buat ape susah-susah pakai smartphone. Dulu aku suka check email pakai line telefon bukan wireless, pada satu hari aku dapat email yang mempunyai attachment, aku download sebab saiz bukan besar mana. Amik kau, dekat RM50 ringgit charge untuk attachment tidak sampai 1MB saiznya. Aku terbaca DG Smart Plan semurah RM68 ringgit sebulan untuk unlimited access, aku sendiri tepuk dahi. Sudah serik guna phone untuk online.

Masa bila aku online guna phone? Masa lepak di office sebab di situ ade wireless. Padahal komputer office ade depan mata.haha..Ye la hendak menunjukkan smartphone boleh suft internet. Lagi satu masa di McD, aku selalu online pakai phone. Tapi takkan tiap-tiap hari aku lepak mcD. Begitulah kejadian yang terjadi kepada smartphone aku yang bertukar ke Dumbphone.

Ok aku hendak mengajak korang untuk join DiGi Break Free yang akan berlangsung seperti maklumat dibawah :

Date: 29 May 2010 (Saturday)
Time: 6pm – 10pm
Venue: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (Map)

Untuk maklumat lanjut mengenai event ni. Korang boleh kunjungi di sini

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

12 thoughts on “Why Smartphones can be Dumbphones

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.