Rice Crisps by Mister Potato So Yummy!

Malam tadi cerita Prince of Persia : The Sands of Time di Cathay Cineplex Damansara. Terima kasih aku hendak ucapkan kepada Nuffnang dan Mister Potato kerana memberi ticket dan potato chips yang mengenyangkan aku. Semalam aku bertolak dari rumah dalam jam 8.30. Perut punya lapar, cadang hendak makan bila sampai sana. Aku ikut highway NKVE jam pulak di situ.

Sampai Cathay Cineplex terus beratur untuk ambil ticket dan Rice Crisps. Aku dapat dua jenis perisa iaitu Original dan hot & spicy. Tetapi aku suka flame grilled BBQ tetapi diorang tidak bagi pilih, jadi Hot & Spicy pon jadilah. Partner aku tidak sampai lagi, sampai sahaja dia aku bagi perisa original dekat dia.hehe… Eh, korang sebenarnya boleh pilih perisa kesukaan korang.

Terdapat 4 jenis perisa Rice Crisps ini Original, Hot & Spicy, Flame Grilled BBQ dan Sour Cream & Onion. Masuk sahaja panggung cari seat dan duduk. Lambat pula cerita start sebab iklan dan thriller movies banyak sangat. Aku perut sudah lapar ni, bukak la Rice Crisps perisa Hot & Spicy. Kunyah punya kunyah, tidak sedar sudah sampai separuh aku makan. Cerita belum start ni.hehe..

Ok, aku stop makan. Tutup Rice Crisps tu. Minum air sedikit. Tapi lidah asyik menjilat jari sisa keropok tadi. hehe.. Tak boleh jadi ni, sedap pulak keropok ni. Aku sambung balik makan.haha..Kunyah punya kunyah, tiba-tiba partner aku offer dia punya Rice Crisps perisal Original tu. Aku tolak terus. Kecian dia, macam mana hendak buat aku memang tidak suka. Kalau dia offer Hot & Spicy atau Flame Grilled BBQ memang aku sambar sahaja. Tapi aku rasa kalau dia dapat perisa itu confirm dia tidak offer dekat aku punya. Habis licin dia bedal.

Habis sahaja movie, bangun-bangun bersepah sisa Rice Crisps atas baju. Macam budak-budak jumpa keropok, makan dengan sungguh pelahap.hehe.. Aku memang suggest korang rasa keropok ini. Memang sedap. Perisa yang aku suggest korang rasa ialah perisa Hot & Spicy sebab terbukti sedap,aku telah merasainya. Nanti mahu cari perisa Flame Grilled BBQ, mahu try macam mana rasanya.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

26 thoughts on “Rice Crisps by Mister Potato So Yummy!

  1. ye ke.hehe..tq bangat coz puji.nnt sy singgah blog awk yer. bahasa sarawak pon x kisah coz blh tny mmbr sy dari sarawak tu klu x paham

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.