Reviews : Prince of Persia : The Sands of Time

Maaf reviews agak lambat sebab sibuk dengan perkara lain. Apa yang disibuk aku sendiri tidak tahu.huhu..Pada hari khamis lepas aku menonton Prince of Persia : The Sands of Time di Cathay Cineplex Damansara. Terima kasih aku hendak ucapkan kepada Nuffnang dan Mister Potato kerana menaja ticket dan potato chips. Ok teruskan kepada reviews sebelum aku start merepek.

Prince of Persia : The Sands of Time mengisahkan seorang anak yatim bernama Dastan (Jake Gyllenhaal) yang berpeleseran di pekan Nasaf kemudian dijadikan sebagai anak angkat kepada King Sharaman of Persia. Abang dia Garsiv dan Tus bercadang menyerang Holy City of Alamut kerana menyangka membekal senjata kepada Persia. Garsiv dan Tus menyerang dari pahagian hadapan kota Alamut tetapi Dastan ada strategi sendiri dengan menyerang dari pintu timur. Ha, cara menyerang Dastan dan geng memang best. Korang wajib usha, stop makan.


Prince Dastan

Selepas dapat memasuki kota, Dastan berlawan dengan sesorang aku sendiri lupa nama dia. Selepas menyerang Dastan memiliki dangger (badik). Dangger itu oleh mengembalikkan Sand of Time, iaitu membelakangi masa. Nizam bersubahat dengan Hassansin untuk mencuri dangger tersebut untuk menyembalikan masa ke belakang supaya dia boleh menjadi raja Persia. Dalam menghentikan niat jahat Nizam tersebut Dastan telah jatuh cinta kepada Tamina (Gemma Arterton) puteri raja Alamut yang cantik. Bagi aku la.hehe..Memang sejuk mata memandang memandang wajah ayu Princess Tamina.


Princess Tamina

Diakhir cerita teknik CGI banyak digunakan, memang terbaik CGI dia. Tidak nampak cacat celanya. Nampak macam real pasir itu. Pada sesiapa tidak menonton lagi, baik korang serbu. Jalan cerita tidak membosankan. Sepanjang cerita memang banyak aksi berlawan. Walaupon jalan cerita nampak serius tetapi diselitkan juga lawak selamba. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ini. Ha, aku bagi 5 bintang. Bukan senang aku hendak bagi 5 bintang. Baik korang pergi tengok. Tidak rugi menontonnya.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

10 thoughts on “Reviews : Prince of Persia : The Sands of Time

  1. eh aku pun pegi gak..tapi masih baru..tak berapa kenal blogger lain. best bangat cite tu! tambah-tambah dapat tengok free..hehehe..siap ada mr. potato lagi! :D
    .-= Post terakhir blog FTN : Off Day! =-.

  2. I wanna watch too. :)
    .-= Post terakhir blog jfook : When you were at tHe Spring, Kuching on 29th May…(Show Luo’s Promo Tour in Malaysia) =-.

  3. Kalau anda ade mengkaji sedikit pasal cerita nie,
    Agak2 thu tak kerangka masa sejarah ni sbb dyer masih terikat dengan kepercayaan mesir kuno.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.