Reviews : The Descent Part 2

Dengan lafaz bismillah aku memulakan menulis review pasal The Descent Part 2. ehem..Pertama skali aku ucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberi ticket free kali ke berapa, entoh aku pon tak ingat.

Planning awal, aku mahu tolong mengambil ticket cik Norfa yang dijangkakan sampai lewat. Tapi last² aku yang lewat. Nasib baik bidadariku tidak lewat, kalau dia lewat pon aku tidak marah. Eh,tak abis lagi jiwangnya. Dan² tu la minyak nak abis, singgah dulu isi minyak. Lepas tu follow gps. Dah berapa kali aku pergi sana masih tak ingat jalan. Ape punya tur la aku ni.

The Descent Part 2, sambungan dari The Descent Part 1. Aku yang tidak pernah menonton The Descent Part 1 memang tidak faham ceritanya. Aku nasihatkan sesiapa yang mahu tengok The Descent Part 2, kasi khatam dulu The Descent Part 1 takut nanti korang tidak faham. Dah la aku tidak faham, lepas tu takder subtitle. Aku ni, bila korang puteh cakap tak paham. Tapi kalau baca subtitle orang puteh aku paham.

Ini bukan cerita hantu, ini kategori cerita kejam. Jalan cerita dia memang slow sikit, main dalam gelap jer. Tapi, cerita ini memang suka mengejutkan orang. Sebenarnya tidak lak terkejut sangat, tapi disebabkan bidadariku menjerit, aku pon terkejut. Nasib baik dia tak baling popcorn tu, kalau tak rugi jer. Kepada yang ade lemah jantung anda tidak digalakkan menonton.

Cerita ini mengisahkan sekumpulan penyelamat mencari mangsa yang hilang di dalam lombong bawah tanah yang telah lama ditinggalkan. Semasa mencari, ada sekumpulan orang yang hudoh memakan manusia. Habis la sorang² kena makan. Habis cerita.hehe..sekian..Berapa bintang? Kasi dua sudah dari lima.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

4 thoughts on “Reviews : The Descent Part 2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.