Reunion Buang Masa Jika…

Selamat tengah hari. Lambat pulak aku update blog ari ni. Agak bz, baru habis meeting tadi. Pagi tadi sibuk install Yahoo Messenger sampai sekarang tidak boleh. Sebab apa aku pon tak tahu, rasa nak buang jer kumputer ni.huhu..Shahrol lak tiba² call masa aku tengah meeting, mahu belanja katanya jadi tidak jadi marah ganggu aku time meeting :P. Ish murah giler rezeki aku hari ni, pagi tadi officemate bawak nasi lemak sambal kerang+limpa+ikan bilis. Tiga lauk tu, kenyang perutku.

Aku hendak cerita pasal reunion. Sebenarnya aku tidak suka pergi reunion. Bukannya aku anti dengan party reunion tetapi jika reunion itu dibuat dalam keadaan berikut :

  • Awal Sangat Reunionnya
  • Baru sahaja habis sekolah sudah mahu buat reunion. Padahal boleh jer tiap² hari lepak minum. Orang biarlah buat reunion time sudah lama tidak jumpa,duduk pula jauh. Nampak sikit perbezaannya dan kerinduan melampau. Lepas tu semua sudah bekerjaya seperti seorang doctor, seorang lawyer dan sorang penganggur. Baru rasa macam sudah dewasa dan nampak matang tambah² datang bawak isteri atau anak². Ini tak, datang muka sama kalau dari sekolah dulu beringus, sampai reunion pon nampak beringus lagi.

  • Reunion Hanya Untuk Lepak Makan
  • Alahai, setakat reunion untuk lepak² minum, sembang² dan bla, itu bukannya reunion namanya. Itu dipanggil yamca. Bila² masa boleh buat. Takpayh susah², korang mesej jer aku.

  • Buat secara mengejut
  • Esok hendak reunion baru bagi tahu hari ni. Kenapalah korang tidak bagi tahu esoknya sahaja. Buatlah kad jemputan cantik², rancang tempat dia, berapa jemputan yang hadir dan aktiviti apa yang hendak dibuat. Ini tak, main ajak jer. Lepas tu bila jumpa menganga ramai²

  • Kedekut Keluar Duit
  • Semangat ni hendak buat reunion, tapi bila minta duit semua hilang. Itu aku cakap, tunggu semua orang bekerjaya dulu. Baru senang sedikit hendak buat dimana-mana. Untung² member kita sorang jadi wakil rakyat, boleh mintak sponser Dewan Serbaguna.


Lepas tu ada awek hot macam ni datang, lagi best party tu.hehe..

Daripada buat reunion tidak dirancang baik aku layan event Nuffnang ataupon pergi bercuti dengan member² sekolah aku. Reunion gak tu, cuma bezanya tidak ramai. Apepon tetap best, tak gitu. Ish mana Shahrol ni, kata mahu mesej balik.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

13 thoughts on “Reunion Buang Masa Jika…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.