Platform Untuk Promote Blog

Selamat malam. Malam kedua aku berada di kampung halamanku. Nama jer kampung tapi bukan kampung pon juz taman di tengah pekan Manjung. Kali ini aku share dengan korang platform yang aku gunakan untuk promote blog. Aku rasa banyak lagi platform yang korang guna yang aku tak share kat sini. Kalau korang nak share boleh la letak kat comment, mungkin dpat membantu bloggers baru macam aku.Aku akan menyusun ikut jumlah refering dari paling tinggi ke paling rendah.

  1. Geng Blogger
  2. Rasanya tidak perlu aku terangkan lebih detail pasal GengBlogger ini.Sudah tentu ramai tahu tentang kewujudan dia. Pada yang tidak tahu korang boleh kunjungi portal Geng Blogger.Geng Blogger menyumbang hampir 70% visitor aku.

  3. Twitter
  4. Ya twitter. Korang nampak simple jer software ini, tapi ia memainkan peranan yang penting jika ramai followernya. Geng Blogger pon dah intergrate dengan twitter, jadi bila korang ping automatik akan di tweet di akaun twitter korang. Bagi pengguna wordpress korang boleh gunakan plugin untuk anto tweet post korang.

  5. Facebook
  6. Ya laman sosial yang aku rasa tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain korang share link post korang status korang, korang boleh menggunakan kemudahan rss feed Networked Blog.Untuk menambah effect lagi buatlah fun page untuk blog korang dan Networked Blog boleh intergrate dengan akaun fun page korang dan auto ping post terbaru kat wall fun page korang

  7. ChatBox
  8. Chatbox seperti shoutbox dan lain² ini akan memberikan kesan yang terbaik tetapi kena berusaha dengan bersungguh² sebab korang kena jalankan aktiviti blogwalking dan meningkalkan jejak anda di blog korang lawati.

  9. Comment Box
  10. Selalunya blog yang ramai pengunjung ni, bila kita tinggalkan jejak di chatbox cepat jer masuk page sebelah. Bila dah masuk page sebelah bukan sahaja visitor blog tu malas tengok malah tuan punya blog pon malas tengok.Jadi cara terbaik rajinkan tangan anda tinggalkan comment.INGAT, tinggalkan comment bukan SPAM!

  11. Innit
  12. Innit ini lebih kurang fungsinya sama dengan Geng Blogger. Tapi ia agak simple dan kurang berjaya sebab tidak ramai blogger melayu lepak sini.Jadi kalau post anda dalam bahasa melayu, kurang mendapat sambutan. Tapi tidak salahkan kalau kita ping blog kita kat sini.Innit ini disediakan oleh pihak Nuffnang.

Itu sahaja platform yang aku gunakan.Jika korang ada yang lain, sila share yer kat sini.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Platform Untuk Promote Blog

  1. semua ni aku gunakan heheh…

    bro nak tanya, mcm mana nak configure fan page utk auto ping kat wall? Akaun personal FB ok dah, cuma yg fan page je aku tak jumpa cara lagi…

  2. a’a innit banyak cina je.
    tapi salu jugak blogwalking pakai innit uh.
    cari entry2 melayu hahaha

    tapi xtaw kenapa kblakangn ni innit uh mcam x berfungsi T__T

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.