Hadiah Daily Contest Project Alpha

Assalamualikum w.b.t dan selamat petang bagi yang bukan muslim. Alhamdulillah, bersih sikit hati selepas habis solat jumaat. Pertama sekali aku hendak ucapkan terima kasih kat Asura(ye ke nama dia ni) sebab bagi pinjam motor. Nasib baik aku bertembung dengan dia sebab aku malas bawak kereta. Selamba jer kan paw motor orang. Takper, banyak pahala dia sebab aku bukan kemana pergi menunaikan ibadah.

Petang ini ade meeting untuk membincangkan project sistem terbaru. Aku suka project baru ni sebab mencabar sedikit. Tapi yang tidak best, project baru ni untuk staff akademik. Staff akademik ni banyak sikit kerenah dia sebab mereka kan belajar tinggi jadi mereka suka anggap pekerja bawahan macam aku ni tidak tahu apa².

Jen tanya aku, bila hadiah daily contest untuk Project Alpha diorang hendak kasi. Bila dia tanya, baru aku teringat. Sebenarnya memang aku sudah lama hendak tanya pihak Nuffnang, tapi terlupa sahaja untuk hantar email dekat diorang dan sebelum solat jumaat tadi aku hantar email bertanyakan tentang perkara tersebut dan balik jer tengok email itu dibalas.Cekap betul diorang ni. Macam ni bunyi email dia. Pasang sound kuat² haha..

Hi Mohamad Zulhelmi yang baik hati dan hensem,

We apologise for the delay, as we are rather tied up at the moment. You should be receiving an email from us by the end of today regarding this matter. Thank you for your understanding!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

Aku bukan tidak sabar², tapi memang tidak sabar pon.hehe..Bukan apa, diorang suruh ambil Sijil Malaysia Book of Record Ke 2 jadi aku malas pergi banyak² kali. Kalau boleh collect sume hadiah skali sebab senang sikit, boleh aku bawak bakul pergi sana.haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Hadiah Daily Contest Project Alpha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.