Tips Menulis Entri Panjang

Korang rasa post aku tulis panjang sangat tak? Aku rasa macam panjang. Bila tangan ni start menaip memang susah hendak berhenti. Tok2..bunyi keyboard mengalahkan setiausaha menaip minit mesyuarat. Bila idea datang bercambah-cambah lagi la, macam tidak sedar diri. Macam kena rasuk dengan hantu keyboard. Taip ikut sedap jer, tau² bila baca balik, mak ai panjangnya post aku tulis

Mula ler lepas tu mengedit lik. Buang ape yang merepek. Kadang² taip satu benda, intro dia berjela-jela. Last² point dia pendek giler, bunga jer panjang. Tapi yang paling penting aku hendak ceritakan disini ialah perlu ada paragraph. Ada blog aku pernah baca, memang nak terjojol mata aku. Sudah la tulisan kecik, lepas tu main rapat² tak der perenggan. Tapi macam mana hendak buat, post dia best. Terjojol pon terjojol la.

Korang tidak baca balik ape yang korang dah post tu yer? Kita kena anggap pembaca ini lebih cerewet dari kita. Kita tidak suka tulisan kecik, pembaca pon macam tu. Kita tidak suka tulisan yang fancy², pembaca pon macam tu. Kita tidak suka lagu memekak, pembaca pon begitu. Sifat pembaca tidak banyak bezanya. Kalau banyak bezanya,maka banyak la jenis font,color dan saiz surat khabar keluar. Ade yang font kecik, ade yang font color hijau, ada font bergulung².

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Tips Menulis Entri Panjang

  1. hoho..kena sampuk dek hantu keyboard time menaip:D
    .-= Post terakhir blog ReD : ~ SAH! ADA KETUMBUHAN PADA KEPALA AKU ~ =-.

  2. tak kisah janji sedap bace , panjang puntakpe , hahahak . wei , smlm aku xleh bukak blog kau , pahala ? hahahak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.