Perhatian Kepada Pengguna Myvi

Korang pernah dikunjungi oleh penjual alarm kereta menunjukkan demo bagai mana ingin membuka kunci kereta model Myvi tanpa mengeluarkan bunyi alarm? Pada yang pernah tengok demo mesti tahukan bagaimana. Bagi yang tidak pernah tangok, aku ceritakan serba sedikit macam mana mereka buat. Meraka akan tarik satu kabel belah fender tayar hadapan sebelah kanan dan but kereta akan terbuka. Selepas itu bukak kotak fius dan cari wayar pendek, sambungkan bateri dan satu fius plug.Nah, terbuka semua kunci tanpa bunyi.

Disebabkan skill ini sudah tersebar, aku mendapat mendengar Perodua akan memasang Myvi OEM Front Bonnet Switch Alarm. Untuk mengetahui kesahihan berita ini aku menghubungi Customer Care Perodua: 1800-88-6600 dan memang sahih berita ini. Mereka galakkan memasang alat ini di Main Perodua Service Centre sebab bagi mengelakkan ditipu kerana pemasangan adalah PERCUMA / FREE walaupon kereta anda tidak pernah service dengan mereka. Pastikan anda membuat appointment dulu, jangan main serbu jer

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Perhatian Kepada Pengguna Myvi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.