Blogger Terdesak Mencari Pelawat

Jumlah blogger kini makin bertambah dari hari ke hari. Kalau blogwalking memang tidak cukup satu hari. Itu baru blog dari Malaysia, belum lagi blog yang dari luar negara. Perkembangan blogger di Malaysia agak memberangsangkan. Sampai blogger lama yang berkencimpung dalam bidang ini terpaksa mohon pencen awal.

Tetapi dalam berjuta-juta blog yang ada di internet adakah semuanya betul-betul berkualiti dan berisi. Ada sesetangah blogger hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Buat satu dua entry selepas itu tidak berminat. Mungkin disebabkan sibuk dengan tugasan atau berblog sekadar mengikut orang. Orang lain mempunyai blog, jadi dia teringin untuk mempunyai blog.

Di GengBlogger hamir setiap minit ada sahaja entry di ping, Jika aku kelapangan, aku lihat tajuk satu persatu. Kebanyakkan entry berbaur lucah atau sekadar tajuk sahaja gempak tetapi isi di dalamnya hampeh. Sekadar letak gambar dan dua baris perkataan. Gambar itupun ambil di internet.

Adakah blogger sekarang hanya terdesak untuk mendapat pelawat? Sehingga sanggup menipu pelawat dengan tajuk-tajuk yang tiada kena mengena dengan entry atau membuat entry yang berunsur lucah. Jawapannya ya, memang mereka terdesak.

Tidakkah mereka sedar jika mereka buat begitu seolah seperti keropok lekor panas. Sedap apabila panas dan liat apabila sejuk. Pelawat hanya akan berkunjung sekali sahaja, selepas mereka menyedari mereka ditipu, jangan harap mereka akan kembali.

Jadi aku berharap, banyak lagi blog akan lahir, tapi biarlah blog yang mempunyai entry yang boleh dibaca. Jangan bukak blog dengan niat untuk mendapat untung sahaja.Nawaitu kena betul. Renung-renungkan dan selamat beramal.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

11 thoughts on “Blogger Terdesak Mencari Pelawat

  1. wslm kak. Alo kak mcm kita try kat makan kat luar. 1st time g kedai 2,nmpk menarik. tapi bila makan, wek x sedap. Kompem x dtg lik

  2. bagus..sesuai sungguh peribahasa tue ‘seperti keropok lekor panas. Sedap apabila panas dan liat apabila sejuk’

    blogging dh jd trend skrg..

    1. Aku mintak maaf kalau sape terasa. Tapi aku tulis mengikut pandangan aku. Aku orang lain ade pandangan mereka sendiri. Jadi x salahkan kita masing2 bagi tau pandangan sendiri

  3. kita kena balik pada ‘blog ‘ itu sendiri

    kita tak boleh nak cakap itu bagu ini tak bagus
    blogger kena buat itu buat ini utk jadi blogger
    sbb – tujuan mereka menulis blog adalah untuk diri sendiri…itu point penting yang ‘menyelamatkan’ mereka dari di label itu ini.

    1. Bila aku baca comment k jie ni aku termenung kejap. Aku pk apa maksud disebalik apa yang di cakapkan oleh kak jie. Bahasa kak jie macam bahasa peringkat tertinggi. Lama-lama baru aku phm.tq kak jie

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.