Berhenti Jadi Plagiat

Baiklah ini adalah sambungan dari Bila Aku Start Berblog. Sebelum aku sambung, lupa lak aku nak bagi tau url 1st blog aku. Aku menggunakan url http://helmi87.blogspot.com. Ok sambung balik cerita. Pada hujung tahun 2008 kalau x silap bulan 11 aku telah di hantar company aku ke Melaka coz ada project di sana dan masa disana aku berjumpa cinta hati aku. Dari situ muncullah http://helmi-life.blogspot.com. Pada awalnya blog itu private, tetapi aku amik keputusan untuk publickannya. Blog itu memang jiwang habis, ye la zaman cintan cintun dulu.hehe..


Nie zaman cintan cintun dulu leh la

Pada bulan 1, aku mula melamar dan memperisterikan iaitu satu2nya kekasih hati aku iaitu Myvi ku.haha..Dari situ langkah aku makin panjang dan ceritaku makin banyak. Aku mula join Jelajah Johor anjuran Media Kerajaan negeri Johor dengan kerjasama MyviX Club Malaysia. Bermula dengan artikal Muzium Nelayan Tanjung Balau, aku mula terfikir bahawa aku boleh menulis rupanya.

Dari situ aku mula insaf dari kegiatan plagiat dan aku mula bertukar niat aku untuk berblog dari niat duit semata-mata kepada niat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan perasaan dengan pembaca. Bermulalah aku menulis untuk dua blog skaligus. Tetapi ketika itu aku bukan kategori blogger tegar. Post aku sekadar seminggu ada satu sahaja, kadang-kadang langsung tiada. Tiada aktiviti blog walking ketika itu. Walaupon begitu, earning Nuffnang berjalan. Mungkin ketika itu blogger yang berdaftar dengan Nuffnang tak ramai.

Episode seterusnya..Kali pertama aku join event Nuffnang..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Berhenti Jadi Plagiat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.