Tips Buffered Earning

Aku rasa dah banyak tips-tips untuk buffered ini di post. Sudah banyak blog-blog otai juga memberi tips. Tapi penulisan aku kali ini bukan dicedok dari mana-mana blog. Ia berdasarkan permahaman dan pengalaman aku. Jika ada persamaan dengan tips sebelum ini, itu adalah secara kebetulan dan tips itu memang betul.

Untuk mendapat buffered earning dari Nuffnang aku ade beberapa cara tersendiri antaranya :

Update Survey
Banyak tips sebelum ini menyatakan kepentingan update survey. Ada orang bertanya, survey yang mana? Survey di Blog Manager.

Hendak update ikut apa? Bagi aku, aku akan update ikut campaign yang ada sekarang. Macam mana hendak tahu campaign yang ada? Lihat di blog orang lain dan anda pandai-pandai kategorikan iklan itu jenis apa.

Ads Preference
Pastikan ads preference anda di set kepada Show Global CPC ads.

Jumlah Pelawat
Ada sesetengah tips menulis bahawa blog yang ramai visitor akan mendapat iklan jenis buffered. Betul ke? Aku tidak dapat buktikannya sebab relitinya visitor aku tidak sampai 100 satu hari. Yang penting kekalkan visitor jangan jatuh menjunam sangat.

Keaktifan Blog
Maksud keaktifan adalah, pastikan blog anda sentiasa ada posting baru. Jangan biar ia bersawang.

Kedudukan Iklan
Ini adalah perkara paling penting. Sebab apa aku kata bergitu? Sebabnya untuk blog ini, yang selalu mendapat buffered adv adalah banner di atas ini. Selalunya orang tidak mahu memasang iklan jenis Leaderboard (728 x 90) kerana nampak semak. Tapi jika anda pandai menggunakan css dan memberi ruang, ia akan memberi keuntungan.

Insyallah, kalau rezeki anda ada. Dapatlah buffered advertisement. Tapi ingat, blogging dengan niat baik. Nawaitu kena batul. Bagi aku blogging untuk mengasah bakat menulis serta berkongsi pengetahuan,pengalaman dan cerita. Selamat Mencuba dari aku.

Inilah hasil mengikut tips atas.


About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

9 thoughts on “Tips Buffered Earning

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.