Gempa Bumi di Padang Indonesia

Dalam seminggu, kita lihat di kaca tv memaparkan kisah gempa bumi di padang. Aku turut bersimpati dengan nasib yang menimpa jiran kita di sana. Setelah segala provokasi yang di timbulkan oleh media Indonesia, kerajaan Malaysia tidak rasa kecil hati atau berdendam malah turut memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka. Tetapi adakah mereka berterima kasih atas apa yang kita tolong.

Media Indonesia masih dengan sikap kurang ajar mereka mengencam Malaysia malah sedikit tidak bersempati rakyat mereka yang ditimpa malapetaka itu. Mereka masih mengutuk Malaysia malah ada sesetengah rakyat disana membaling batu ke arah pasukan penyelamat Malaysia di sana.

Media disana menuduh Malaysia menghantar makananan yang telah tamat tarikh luputnya. Dakwaan ini disangkal sama sekali dakwaan ini dengan menyatakan bahawa tarikh luput yang baru dilekatkan di atas kotak telah tercabut. Aku yakin kerajaan Malaysia tidak mungkin melakukan perkara seperti itu walaupun ada sesetengah rakyat disana mengutuk Malaysia

Aku mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa gempa termasuk pelajar kita disana. Tabahkan hati menghadapi dugaan Allah. Kepada mereka yang telah pergi marilah kita sedekahkan al-fatihah semoga roh mereka dicucuri rahmat.Amin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.