Facebook

Facebook? Agak mustahil anda tidak pernah mendengarnya.Fenomena laman sosial, Facebook telah melanda negara kita, tetapi aku tidak pasti sejak bila kerana aku mula berjinak-jinak dengan Facebook mula tahun ni semenjak Friendster di tempat kerja lama aku kena ‘block’. Semenjak itu aku terus jatuh cinta dengan Facebook disebabkan antaramuka dia ‘best’ dan banyak application. Facebook menggunakan teknologi ajax oleh sebab itu tidak membebankan browser dan wall sentiasa update tanpa perlu refresh.Selain itu live chat menjadi satu keistimewaan dalam Facebook

Tapi adakah anda tau siapa founder Facebook?Facebook hasil adea Mark Zuckerberg, pelajar University of Harvard. Beliau menghasilkan Facebook dari dalam bilik di kolejnya dengan bantuan roomate beliau. Beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion.Anda tahu berapa umurnya sekarang? Umurnya baru 23 tahun.Wow!aku baru 22 tahun pun hutang keliling pinggang :p

Terdapat banyak syarikat-syarikat besar ingin membeli Facebook dengan berbillion USD. Namun ditolak oleh beliau walaupun Facebook masih baru dan tidak popular lagi. Tindakkan beliau tepat sekali kerana kalau beliau terima tawaran itu, beliau akan kaya sebentar sahaja.Beliau menjual 1.6% pegangan dalam Facebook kepada Microsoft dengan harga $240 million. Dengan jumlah pengguna yang makin bertambah dan developer untuk application lebih 800 000, tidak hairanlah Facebook mempunyai harga pasaran boleh mencecah lebih dari $15 billion.
Beliau berhenti belajar dalam sains komputer di universiti tersebut untuk menumpukan kepada Facebook.Lagi seorang pelajar separuh jalan menjadi jutawan selain Bill Gates (Founder Microsoft).Jadi bagi sesiapa yang suka memperendahkan orang tidak berpelajaran atau riak atas sijil yang mereka ada, hentikanlah. Tapi jangan pula anda tidak belajar, menuntut ilmu adalah wajib bagi umat islam. Belajarlah sehingga nyawa dikandung badan.”Renung-renungkan dan selamat beramal”.



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.