RAWATAN UNTUK EKZEMA : VCO & MOOGOO MILKWASH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Awal bulan Januari hari itu, aku disahkan mengalami ekzema (masalah radang kulit) oleh doktor selepas hampir sebulan aku gatal-gatal secara tiba-tiba. Paling teruk adalah pada bahagian muka. Ada juga gatal-gatal pada pelipat siku dan juga kaki.

Advertisement

BUKIT TINGGI 2

Jauh pun masih nampak kesan pada muka.

Kalau cuaca panas, Ya Rabbi! Muka merah-merah. Gatal sungguh! Mulalah menggaru, lepas tu, luka. Parut. T__T

Bukan takat muka merah, kulit kering teruk. Menambahkan lagi kegatalan pada muka. Segan woi nak berhadapan dengan orang. Nasib baik suami sendiri masih kenal muka bini dia. Nak tengok muka sendiri kat cermin pun aku rasa malas! Tak sanggup rasanya.

kadang-kadang tu rasa gatal siap pakej dengan rasa panas kat ‘dalam’ kulit. Serius sengsara rasanya.

Antara faktor tercetusnya ekzema ni

1- Faktor Dalaman

– Ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ekzema, asma, atau alergi rhinitis.

– Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan atau stress

– Pemakanan dan minuman seperti  alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

2-Faktor Luaran

– Bahan iritasi seperti Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

– Alahan seperti  Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah

Aku kalau bab sabun, memang alah! Sebab itu, sabun cuci pinggan sekali pun aku ambil peduli kualiti & jenisnya. Bukan main pakai asal boleh berbuih je. Mahal pun mahal lah, asalkan kulit tak luka.

Untuk atasi kegatalan dan kekeringan kulit, aku amalkan penggunaan mandian dan ubatan organik.

Jpeg
Moogoo Milkwash & VCO

Untuk Moogoo Milkwash tu aku beli kat Caring dengan harga RM 69.00. Gila mahal! Ha ha ha! Tak apa asalkan elok. Memang elok la untuk kulit aku. Tak perlu guna banyak. Kulit rasa lembap.

Untuk VCO (Virgin Coconut Oil) tu pulak beli kat Cosway. Harga RM 35.90 / botol kalau tak silap. VCO ni aku guna sebagai sapuan harian dan aku amalkan minum 2 sudu besar setiap hari setiap malam sebelum tidur. VCO ni berfungsi sebagai anti radang.

Kesannya, gatal kurang / terkawal. Alhamdulillah kulit makin lama makin pulih. Cuma on off je la ruam-ruam ni timbul.

Sekarang ni, aku BFF dengan VCO. No more compact powder. No more moisturizer cream. No more segala bagai eye liner, eye shadow. Phewww! Jimat masa nak bersiap dengan hanya sapu VCO pada muka then keluar dengan yakinnya. Ha ha!

Selain dari penggunaan ubat-ubatan, dari segi penjagaan peribadi seperti

  1. Pastikan kuku tangan sentiasa pendek dan bersih. Bukan apa, kadang-kadang gatal tengah malam, dalam pada tak sedar tu, kemain sedap menggaru, dah luka….
  2. Emosi kena sentiasa tenang dan stabil. Serius aku bagi tahu ni, aku kalau stress, ‘naik’ oi ruam ekzema. Grrr…

Masa awal-awak kemunculan ekzema kat muka, especially kat pipi, orang ingat aku ni pakai pemerah pipi. Ha ha ha! pemerah pipi natural okay! Merah tu merah lah jugak. Gatal tak hengat, kau orang tak tahu… Isk isk isk!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply