ANAK KREATIF DENGAN MEWARNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada satu hari tu, Afiq jerit dari dalam bilik “Mamaaa!! keyooonnn! keeyonnn mamaaa!” 

Advertisement

Alaahhh… macam mana pulak dia boleh jumpa crayon kat rak buku tuuuuu… Jenuh tau Mama sorok. Ah! Dah jodoh agaknya Afiq nak jumpa crayon tu.

Dah gitu, kenalah sediakan gambar untuk dia menconteng. Karang tak pasal-pasal je dinding atau lantai jadi mangsa. Tapi aku tahu, Afiq bukan jenis conteng sesuka hati (buat masa ini). Tapi kalau buat sepah sesuka hati, Ya! dialah ketuanya. Ha ha. sampaikan adik Arif pun dah suka buat sepah ikut style Afiq. Tak pe lah nak… Mama kemas nanti. Sepah jer la..

 

Buat masa ni, aku belikan 1 buku mewarna buat syarat. Lain-lain nanti cetak sendiri jer.

Arif pun tak ketinggalan nak jugak join apa Afiq buat

Jpeg

Kemain pandai pulak Arif menggayakan krayon tu pada buku kosong. Tapi Arif tak puas hati sebab kenapa buku dia kosong, buku abang ada gambar. Dah bergaduh pulak! Ha ha ha!

Antara hasil pertama kali Afiq mewarna..
Afiq mewarna__1459834972_58.26.181.162
Walaupun tak ikut seperti warna asal, tapi boleh tahan jugak. Aku biarkan Afiq ambil dan guna apa sahaja warna yang dia suka. As long as tak conteng dinding. Bising bapak kau nanti. He he.

Excited punya pasal, hampir habis 1 buku Afiq nak warna. He he.

Antara kelebihan/kebaikan dari aktiviti mewarna :-

Mengenal warna. Anak seronok nak kenal warna sambil mewarna gambar-gambar yang menarik perhatian. Kaedah mudah ajar anak kenal warna selain dari guna flash cards.

Tempat luahan perasaan. Anak boleh menconteng semahu-mahunya untuk melepaskan perasaan marah (sebagai contoh). Tiada lagi baling-baling mainan sampai pecah berderai.

Membina motor halus. Menggerakkan otot-otot tangan dengan cara bagaimana untuk memegang dan menggunakan krayon dengan betul.

Kemahiran melukis. Dengan keseronokan menggunakan krayon, anak boleh lukis imej yang disukai. Setakat ni Afiq hanya pass lukis bentuk bulat je. Dan lebih ngam apabila Afiq selalu ‘dera’ papa dia dengan menghulur sebatang krayon dan buku kosong sambil berkata “Papa.. ‘buat’ big truck. pleaseee…” Ha ha ha!

Tips mudah aku amalkan untuk ajar anak kenal warna

  1. Guna barang yang anak suka. Afiq suka pegang remote TV. Butang remote ada macam-macam warna. Dari situ boleh ajar dia.
  2. Nyanyi lagu. Salah 1 cara aku berhibur bersama anak adalah dengan menyanyi. Jadi, aku kena rajin cari dan belajar nyanyi lagu yang ada lirik serta pergerakan yang berkaitan dengan warna.
  3. Main teka-teka warna masa melipat baju.

Hasilnya, Afiq jadi  kreatif… bila tiba-tiba malam semalam Afiq susun 2 biji botol air secara tegak, lalu melontar sebiji bola lantas menjerit “Yeay! boling.. boling..!” (ini pun kira kreatif jugak kan?)

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

One thought on “ANAK KREATIF DENGAN MEWARNA

Leave a Reply