SUPERDAD VS SUPERMOM! (BHGN 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Superdad VS Supermom (Bhgn 2)

Advertisement

Sejak ada anak 2 ni, lagi-lagi anak lelaki, memang sinonim dengan kelasakan dan juga kadang-kadang kedegilan yang menguji tahap kesabaran PAPA dan MAMA. Jadi, urusan harian memang kami laki bini saling membantu. Bila anak buat perangai, MAMA layan, PAPA uruskan kerja rumah. Begitulah juga sebaliknya.

Makin hari, makin berubah keadaan rutin harian serta rasa tanggungjawab pada urusan rumahtangga.

Situasi 1

Paling nyata, perubahan PAPA yang MAMA nampak adalah… MAMA tak perlu lagi cakap “B… tolong masak eh hari ni” tak pun “B… tolong basuhkan baju dalam bakul tu eh..”. Maka, dah kuranglah peratusan MAMA membebel dalam sehari. Ha ha ha! Semua PAPA dah faham sendiri.

Nampak bakul baju penuh, PAPA sendiri bawak pergi basuh / sidai / angkat & kadang-kadang lipat baju. Cuma baju anak-anak je la yang 99.9% MAMA yang lipat. Sebab nak kena pairkan. Orang laki apa tau? Karang baju kaler hijau, seluar kaler ungu! Tak match okay. He he he.

Siap lipat, MAMA lah yang selalu simpan dalam almari. Dan perkara wajib yang MAMA akan bebel “Cubalaaaahhh amik baju yang nak dipakai tu, elok-elok.. Ini tidak, habis senget-benget jatuh susunan baju ni. EEiiiii…!”

Selalu macam tu tau…

Memang orang laki ni jenis asal simpan dalam almari, tak kisah eh kalau bersepah dalam tu? Grrr…

Situasi 2

Rutin harian PAPA selepas balik kerja, PAPA terus masuk dapur untuk siapkan makan malam. MAMA terus mandikan anak-anak. Nak kejar masa nak bagi anak-anak makan malam sebelum tidur. Selalunya, hari bekerja, anak-anak akan tidur lebih awal. Boleh jadi seawal jam 8 malam. Ceh! Macamlah dorang yang penat bekerja. Ha ha ha!

Siap mandi semua, MAMA bawak anak-anak turun. PAPA masih lagi ber’silat’ di dapur.

Bila dah siap, PAPA yang selalu suapkan anak-anak makan. MAMA pun tunggulah sampai PAPA selesai suapkan anak-anak makan. Motifnya, nak makan sama-sama. “Jom makan. Anak-anak tu pasangkan cerita kartun bagi dorang leka…” Wah! Dalam hati MAMA dah seronok nak makan berdua dengan PAPA sebab dah jarang dapat makan berdua.

Ini respon PAPA “Tak apa lah… Syg makanlah. Habiskan lauk-lauk tu semua. B dah makan tadi…”

PAPA lepaskan tekak dia dulu. Dia mencekik dulu siap-siap lepas siap masak. Ceh! Kalau tahu, MAMA makan dari tadi.

Situasi 3

Memandangkan Arif masih lagi menyusu badan, MAMA wajib sediakan bekalan susu badan untuk Arif. Tapi… entah kenapa, bila tinggalkan Arif di bawah jagaan PAPAnya, MAMA rasa macam tak berapa yakin. Yelah, hari bekerja, pengasuh yang jaga. Itu dah biasa. Hari lain, MAMA yang susukan Arif. So, PAPA tak diperlukan sangat dalam bab nak bagi Arif menyusu. He he.

Pada suatu hari, PAPA terpaksa cuti sebab pengasuh Arif ada hal.

Sebelum keluar kerja, MAMA pesan pada PAPA “Susu Arif dah siap dalam botol, nanti amik 1, panaskan untuk Arif minum bila dia dah jaga nanti…”

MAMA half day hari itu, bila sampai rumah, “Nampak macam semuanya OK. Boleh harap dah PAPA jagakan anak-anak bila emergency case” Cakap dalam hati jer lah.

MAMA terus ke dapur, bukak peti ais. Meeeemang SATU je botol yang PAPA ambil untuk susukan Arif. Sepatutnya dah luak 2 botol. 4 jam Arif tak susu. Bila ditanya, jawab PAPA dengan muka selamba “Dah Arif tak mintak, B tak bagilah susu kat dia…”

Argghhh! *MAMA rasa nak hentak dahi ke dinding.

Situasi 4

Ada 1 kejadian pelik yang berlaku. PAPA dengan mudahnya menidurkan Arif. Baru bawak masuk ke bilik, tak sampai 5 minit, Arif dah lena PAPA tidurkan. Selalu gitu.

“Jampi ke apa? Cepat betul Arif lena… Kalau dengan MAMA, kemain susah nak lelap. Diajaknya kita main adalah…”

PAPA tayang muka bangga.

Jpeg

Alah.. PAPA jangan nak berlagak sangatlah. Sebenarnya Arif tu bosan kalau dengan PAPA, tak reti main, baik dia tidur. Ha ha ha! MAMA nak menang jugak…!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply