SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 12) : PLEASEEE….

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK BHGN 11

Advertisement

Bukan mudah kita nak amalkan jika tidak diterapkan nilai adab sejak dari awal. Antara salah satu nilai adab dalam kehidupan adalah adab ketika bercakap. Contoh mudah “Ambilkan saya baju itu” kan lebih mesra dan sopan kalau kita cakap “TOLONG ambilkan saya baju itu”. Ayat pertama tu nampak seperti terlalu mengarah. Lagi-lagi kalau nada suara orang tu jenis kasar.

Tak mustahillah manusia boleh salah faham / interpretasi.

Dalam hal ni, aku selalu ingatkan diri sendiri juga suami supaya selalu jaga kata-kata bila nak cakap / tegur anak.

Situasi 1

Afiq merengek-rengek minta susu

Afiq : Mama… nak susu… pleaseeee…

Mama : OK Afiq… wait ok… (tengah ada kerja lain)

Afiq : Mamaaaaa…. susu pleaseeee… (merengek makin kuat)

Mama : Haaa… ok Afiq, mama tengah buat susu ni… (padahal masih lagi buat kerja tadi)

Afiq : Mamaaaaaaa… susu please… pleasee.. pleaseeeee…….. (mengongoi menangis sambil merayu)

Sedih plak aku dengar bila merayu sambil nangis ni. Terus aku tinggalkan kerja, dan buat susu Afiq dengan segera. Kalau lama sikit, mungkin bergegar rumah dek jeritan Afiq. He he.

Situasi 2

Kadang-kadang tu, aku memang suka menyakat Afiq bila dia tengah fokus buat sesuatu. Contohnya bila dia tengah tengok video kegemaran dia

Afiq : Hei… Jangan tekan… (lembut je nada suara menegur)

Aku usik lagi…

Afiq : Jangan tekaaannn… (kening berkerut tanda tak suka)

Aku usik lagi…

Afiq : Mama…. jangan tekan.. don’t touch!

Aku usik lagi…

3 kali tegur tak ‘makan’ saman, apa lagi… ini ‘makan’ dia…

Afiq : HEI! JAAANGAN TEEEKAN! BABAP NANTIII!!! (Siap angkat tangan. Kadang-kadang jegil mata sekali)

Sebijik macam Mama Afiq. Ha ha ha!

Situasi 3

Afiq adalah peminat tegar terhadap big truck! Pernah beberapa kali layan video big truck kat Youtube. Tapi video yang ni, menambahkan lagi koleksi jenis big truck yang Afiq tahu

Afiq : Loookkk! Big truck sampah, Mama! Big truck sampah!

Mama : No.. It’s garbage truck!

Afiq : Big truck sampah!

Mama : Garbage truck!

Afiq : Big truck sampah, Mamaaaa…!

Mama : Garbage truck lah Afiiiqqqq…!

Dan begitulah perdebatan antara seorang ibu dan anak kecil yang akhirnya berpihak kepada si anak. Yang bapaknya hanya gelak je.

Jenuh Mama nak mengajar Afiq sebut garbage truck la sayangggg…. Sampai bergaduh sebab big truck sampah jugak ‘lekat’ di bibir Afiq. Ha ha!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply