SCOTT’S VITAMIN C PASTILLES UNTUK ANAK YANG MUDAH SAKIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dulu aku berikan Afiq Scott’s Emulsion Cod Liver Oil sebagai makan tambahan.

Advertisement

Sekarang, dah besar, saja nak tukar selera. Aku bagi dia dalam bentuk pastil.

Jpeg
Vitamin C perisa pic

Afiq ni jenis kalau sakit, contohnya macam selesema, memang membawak  sampai ke batuk dan demam. Padahal berjangkit dari adik Arif. Arif rileks je selesema dan sembuh cepat. Itulah kelebihan Arif yang menyusu susu ibu sepenuhnya.

Makanya, Afiq ni memang aku lebihkan dalam hal penjagaan kesihatan.

Kalau bab makan minum, Afiq dan Arif memang tak ada masalah. Balun jer apa orang bagi makan. Tapi Afiq sejak dah besar ni (padahal baru 2 tahun 7 bulan) kadang-kadang dah pandai lah pilih “Tak nak! Pedas!” walaupun belum rasa. Tengok warna kuah lauk tu warna merah, itulah reaksi dia. Jenuh jugak nak pujuk suh makan kalau macam tu. kalau makan spageti, rela dia makan spageti tanpa kuah. Adeh… “Sedap. Good…” katanya….

Kalau nampak cebisan cili sekecil-kecilnya dalam kuah pun Afiq tak nak makan. Pedas! Adoi…

1 hari, aku amalkan beri Afiq 4 biji (2 biji x 2 kali). Awal pagi dan petang-malam.

Antara kelebihan vitamin C adalah:

  1. Membantu pembentukan kolagen : Bahasa mudahnya, elok untuk kulit. Kulit lebih cantik, dan luka cepat sembuh. Afiq ada ekzema. Bila gatal, dia garu punya sedap sampai luka. Makanya, nak cepat elok, kena makan vitamin C.
  2. Menghasilkankan hormon antistress dan interferon (hormon imun) : Stress boleh memusnahkan Vitamin C. Maka, sistem imun akan jadi lemah dan badan mudah diserang penyakit. So, perlu amalkan vitamin C supaya sistem imun dalam badan berfungsi dengan baik.
  3. Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah dan membantu proses metabolisme kolesterol yang menghasilkan asid hempedu untuk memecahkan lemak.

Oh ya. Harganya dalam RM 14.00+/botol. Ada 50 biji kalau tak silap. Kalau beli kat Watsons, kadang-kadang boleh beli dengan harga lagi murah.

Leave a Reply