3 CARA MUDAH UNTUK RAMPING / SLIM SELEPAS BERSALIN.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Nak slim selepas bersalin? Tak payah susah payah nak telan ubat kurus. Tak perlu exercise teruk-teruk. Enjoy je kalau ikut cara yang aku nak share ni…

Advertisement

CARA 1 – BENGKUNG TRADISIONAL

bengkung tradisional

Dalam banyak-banyak jenis bengkung, aku suka bengkung jenis tradisional ni. Jenis kain panjang berjela, lepas tu kena gigih lilit badan sambil tahan nafas. Dah siap pakai, jalan macam robot. Keras & tegak je badan. Ha ha ha. Itu belum lagi bila nak kencing berak. Dia punya susah nak selak tang bawah tu…. Adohai. Aku cabut je terus. Lepas kencing / berak, gigih jugaklah nak pakai balik.

10x kencing/berak, 10x jugak cabut-pakai benda ni. Belum tambah time nak mandi lagi. Huiiii…!

Masa dalam tempoh berpantang, 2x berpantang, aku dah cuba bengkung jenis zap & jenis tali. Tak rasa grip langsung kat badan. Loooooose je. Baik tak payah pakai. Sebab itu, aku setia guna bengkung tradisional kain panjang berjela tu. Sebab terasa bengkung tu ‘pegang’ badan aku. Yang gelebeh-gelebeh semua jadi firm.

Alah… Dah biasa, senang jer pakai… Aku pakai sendiri ok! Serius! Tak percaya, tanya Bonda. He he.

Masa 1st time berpantang, cuti bersalin 90 hari tu, hampir setiap hari aku pakai walaupun dah habis pantang 44 hari. Sebab apa? Sebab rasa BEEESSSTTT bila bengkung badan rasa ringan.

2nd time berpantang, 44 hari je la pakai. Busy nak kejar anak 1st. Tersekat pergerakan kalau pakai. Ha ha ha!

Selain tu, bengkung boleh elak dari tulang punggung melebar keterlaluan. Badan lepas bersalin, nak kecut kan, nak kasi firm. Tak bengkung betul-betul, itu yang punggung melebaaaarrr dengan jayanya. Keh keh keh.

CARA 2 – MAIN TON TON TODAK

Haaaa… mesti biasa dengar / tengok mainan ni. Lagu dia “ton ton todak, makan buah jambu. Ke mana pergi budak, menyorok balik kelambu. Lalalala~…” aku tak ingat lirik! Ha ha ha.

sit up baby

Aku bantai nyanyi lagu lain. Lagu A B C ke lagu 1 2 3 ke. Kadang-kadang main peek-a-boo dengan anak.

Caranya sama macam nak buat senaman sit up tu. Tapi yang ini sit up versi santai bersama anak. Kalau nak buat secara serius, rasa macam tak berapa nak ada masa. Pastu, baru 10x turun naik, aku dah rasa penat macam hape je. Kalau sit up ngan anak, 100x  pun aku no hal je. Ha ha ha.

Errr… Kalau main gini dengan Arif yang baru 9 kg tu, boleh la nak 100x. TAPIII… Kalau dengan Afiq yang 14 kg tu, 30x je, surrender mama ni nak oiii! Ha ha ha.

Perut mama slim, anak girang gelak ketawa, hati senang.

Pastu, bantai makan banyak-banyak lagi. Pastu exercise lagi. Ha ha ha!

CARA 3 – MENYUSUKAN ANAK

Menyusukan anak dengan susu badan, buat kita bersenam dengan hilang lebih 500 kalori sehari. Nampak tak? Senaman yang mudah, tapi mampu merampingkan badan. Nak tahu cara, boleh layan Entri Kembara Susu Ibu.

Gigih tak gigih je la kalau nak cuba ye tak?

Asal jumpa a long-time-no-see persons je, mesti dia orang tegur “uiyyoooo! Anak 2, tapi maintain slim eh. Apa rahsia?” Nah… ini lah rahsia yang tidak lagi jadi rahsia aku. Ha ha ha.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply