SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 11) : APA BEZA PAPA, B & SAYANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 10) : BAAANYAK ATOK!

Advertisement

Afiq kalau panggil papa dia, slow motion je bunyi intonasi dia “Papaaaaaa…” (nada manja). Macam tu jugak kalau panggil mama dan orang-orang lain macam adik, wan, atok, ibu (pengasuh Afiq & Arif).

Tapiiii… kalau dia geram atau marah, dia punya jerit, high pitch hampir nak pecah gegendang telinga dibuatnya. Contohnya bila Afiq marahkan Arif.

Afiq sejak boleh diajak berborak ni, lain macam pelajaran yang aku belajar dari dia.

 

Situasi 1

MAMA belikan mainan baru untuk Afiq. Saja nak tukar environment untuk playground dia.

DAHULU

Afiq Hazim old playground

V

V

V

V

SEKARANG

Afiq Hazim new playground

Afiq : B..! B..! Duduk… Duduk..

Excited punya pasal, semua orang (MAMA & PAPA) dia ajak masuk dalam khemah tu. Arif dikecualikan. Sibuk katanya! Ha ha.

PAPA : Hei! bukan B la. PAPA laaaaaaa…

Kes dengar MAMA dia selalu panggil PAPA dia dengan panggilan B..

 

Situasi 2

Semalam jalan-jalan kat Alamanda. MAMA nak cari buku rujukan untuk exam esok.

MAMA : Afiq… where is PAPA? 

Saja nak suh Afiq main hide & seek.

Afiq : Yaaannnggg… OOO… Yannnggg.. Where are youuuuu..?

MAMA : Hoi.. dah kenapa pulak kau ni panggil Yang Yang?

Afiq : Yaaannggg… OOO… Yannnggg.. Where are youuu…?

Ok. Got it. Kan MAMA selalu jerit dari dapur panggil PAPA “Yanggg… OOO.. Yanggg…”

Apa nak di kata? Layankan aje laaaa

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 11) : APA BEZA PAPA, B & SAYANG?

Leave a Reply