RIADAH PETANG DI KOLAM RENANG MARINA, PUTRAJAYA (PRESINT 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Riadah Petang Di Kolam Renang Terbuka Pusat Maritim, Putrajaya

Advertisement

Nak berenang, tapi tak tahan berjemur tengah panas? Haaa… jom ke Kolam Renang Awam Tertutup bersebelahan Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya. Lebih tepat lagi, dalam Hotel Tasik Pullman, Putrajaya. Level 1.

Maritime and pullman putrajaya
pic credit to sukarenang.blogspot.com

Sampai je kat kolam renang tu, mata kami dijamu dengan pemandangan yang luas lagi cantik dengan tasik

pemandangan putrajaya

Ada 2 kolam je. 1 kolam kanak-kanak (air paras peha dewasa) & 1 kolam dewasa (air paras dada).

kolam renang dewasa

Serius air kolam dia sejuk gila! Menangis-nangis budak kecik 3 orang (Afiq, Arif & Adeeb) bila kena air. Ha ha. Kata suami, kuat jugak bau klorinnya. Aku rileks jer sebab hidung tersumbat tak dapat bau. Kalau tak, aku lah orang pertama yang tegur bau busuk klorin. He he.

kolam dewasa 1

kolam dewasa 2

Sebenarnya, si Nurul (sepupu) yang beria nak pergi. Pagi-pagi buta dah Whatsapp aku bila nak sampai, bila nak sampai? Tak sabar nak terjun kolam katanya. Tengok gambar pun dah tauuu… Ha ha ha!

kolam dewasa 3

Memang confirm sejuk gila sebab si Afiq hantu air ni pun boleh menangis menggigil-gigil masa dalam air. He he. Boleh kata semua gambar yang ada, semua gambar budak-budak ni menangis. Ha ha!

Bayaran masuk adalah RM 5 / seorang bagi yang berumur 3 tahun ke atas.

Bayaran masuk kolam renang putrajaya

Ni jadual operasi kolam renang.

Sesi 1  :  9:00pg   –  11:45pg

Sesi 2 :  12:30tgh –   3:15ptg

Sesi 3 :   4:00ptg –   6:45ptg

Sesi 4 :   7:30ptg –   9:45mlm

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

First time datang sini, aku dah TERsalah masuk Bilik Persalinan LELAKI hokehhh! Patutlah aku tengok umat dalam bilik tu semuanya lelaki. Nasib baik masa tu ada si Nurul ni jadi geng TERsalah masuk. Tak lah aku malu sangat! Kah kah kah.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “RIADAH PETANG DI KOLAM RENANG MARINA, PUTRAJAYA (PRESINT 5)

Leave a Reply