TIPS SELAMAT DI JALAN RAYA : AFIQ DAN HELMET

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tips Selamat Di Jalan Raya : Car Seat Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Advertisement

Selalunya, papa susah payah nak selinap keluar rumah, sebab nak elak Afiq join dia naik motor. Yelah, tak ada helmet yang sesuai.

Memandangkan Afiq memang sukaaaa sangat main helmet papa dia, sampai ada part helmet yang patahlah sebab asyik jatuh terhempas. Lepas aku dah pakaikan helmet kat kepala Afiq, tau pulak “Anassshhh!” (Panas!) katanya..

Jpeg

Semalam, balik je dari ronda jalan waktu petang, dengar suami jerit panggil aku suruh bukak pintu. Bukak je pintu, terus nampak si Afiq sengih-sengih…

Taraaa~

Jpeg

Eh, apa daaa. kartun Mashimaro. Tak jantan la anak mama. Ha ha ha.

Harga? RM 28.00 sekali dengan wizer. Ok kot?

Tak tunggu lama, terus 2 beranak ni merempit pergi pasar malam Rabu kat Meru. Ha ha ha.

Balik jer, suami cerita “Masa atas motor tadi, bising mulut Afiq sebut macam-macam benda lorry lah, big truck lah bla bla bla… Apa entah lagi B tak dengar. Menggagau tangan tu dok tunjuk sana-sini. Excited lah tu dapat naik motor jalan jauh-jauh. Ha ha”

Lepas ni, kalau 2 beranak ni tiba-tiba hilang dari pandangan, sah lah merayau naik motor. Orang dah ada helmet barulah katakan! Ha ha.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply