RASUAH 26 RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam, datang kerja, dengan internet connection hampir separuh hari tak dak. Office lengang, orang dah start bercuti. Maka, saki baki staff yang masih gigih datang kerja ni, pun bantai tidur dalam surau! Ha ha ha.

Advertisement

Aku yang baru jaga dari lelap, di sapa oleh seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an. Seorang vendor dari syarikat S. Bertanyakan perihal bayaran yang belum diterima walaupun kerja sudah siap dilaksanakan.

Vendor : Linda, boleh tolong check mana payment saya?

Aku : Err.. last sekali kami proses, bulan April hari tu. Latest document? Kami tak terima lagi. Bila encik hantar?

Vendor : Dalam 1 bulan lebih dah hantar.

Aku : Owh.. lebih baik encik jumpa dan tanya staff yang terima dokumen encik hari tu.

Vendor : Saya dah pergi jumpa dia. Katanya dah hantar. Dalam proses katanya…

Aku : Owh.. dia hantar ke mana tu yang kena tahu tu. Sini memang confirm tak terima. Dalam rekod pun tak der. Baik encik gi jumpa & tanya semula.

Vendor : Saya dah pergi banyak kali jumpa, naik segan pulak!

Aku : Eh… Tak payah segan-segan. Itu hak encik untuk tuntut bayaran.

Vendor : Boleh tak Linda tolong check kat mana dokumen tu sekarang? Kalau boleh tolong cepatkan proses bayaran saya…

Tiba-tiba…

Vendor : Errmmm… Ni.. ambik lah.. (Sambil sorok-sorok selit angpau RHB bawah keyboard PC aku!)

Aku : Eh Eh! apa ni encik? Tak boleh macam ni.. (sambil goyang tangan tanda tak setuju)

Lepas berdolak dalik encik vendor paksa aku terima angpau RHB sebab nak suruh aku cepatkan bayaran, akhirnya…

Aku : Maaf encik. Saya tak boleh terima. Berkenaan bayaran tu, encik kena jugak tanya staff yang encik jumpa hari tu. Kami memang tak boleh buat apa-apa selagi tak terima dokumen lengkap.

Vendor : Ermm…tak apa lah kalau macam tu… 

Beliau berlalu pergi, dengan senyuman hampa… dan juga angpau RHB yang terpaksa diambil semula masuk ke poket beliau..

Lega aku… tapi aku sempat jeling “Macam tebaaalll je angpau RHB tu!” Ha ha ha!

Ingatkan dalam TV je jadi. Haiihhh! Bulan baik ni pun sanggup bagi rasuah kan?

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply