SABAR JE LAH…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dugaan kecil di awal Ramadhan. Afiq ekzema, Arif demam panas. Hari ni hari ke-4 Arif demam. Pasif. Nak melekap je.

Mencabar jiwa menjaga anak-anak yang sakit ni. Lebih lagi dalam bulan puasa. Dengan kudrat yang kekurangan tenaga, ditambah dengan menyusukan anak dan digabung dengan kerenah anak-anak sakit yang menuntut kesabaran hati aku yang luarbiasa.

Dengan Arif yang sikit-sikit eekkk ekkk nak berdukung, melekap je. Afiq pulak buat hal tambah kerja aku. Astaghfirullahalazim!

Jpeg

Habis tumpah sebotol sabun! Adohai…

Yang ajaibnya, macam mana aku langsung tak rasa marah pada Afiq. Sebab aku tahu dia tak sengaja. Kalau dia sengaja sekalipun, memang aku tahankan hati dan tangan ni dari pukul dia. Anak kecil.. tau apa…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *