PENGALAMAN : AKU CINTAKAN SUAMI ORANG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Straight to the point. Aku cerita pengalaman aku yang tak berapa lamalah bercinta dengan suami orang. Kenapa aku cintakan suami orang?

Advertisement

minat suami

Sebab…

Punya harta / aset yang bagus – Sebelum kahwin, mesti ‘suami orang’ itu dah buat persiapan lebih-lebih lagi dari segi fizikal i.e harta. Contohnya macam ada kereta untuk bawak anak bini jenjalan, rumah untuk didiami oleh anak bini dan juga RM yang agak bagus untuk tanggung makan pakai anak bini.

Lebih berumur, lebih romantik – ‘suami orang’ ni, dah hari-hari mengadap bini, secara automatiknya dia juga akan belajar cara-cara nak layan / pujuk perempuan. Lagi lama tempoh perkahwinan, lagi romantik (dalam cara masing-masing) ‘suami orang’ itu.

Matang – bagi aku, matangnya ‘suami orang’ itu sebab dia mampu bagi komitmen pada anak bini dia. Dia tanggung makan pakai anak bini dia. Jaga kebajikan anak bini dia. Walau dugaan bagai nak rak pun, dia masih lagi jaga kebajikan anak bini dia.

Bersifat ‘cool’ – Apa tidaknya, kebanyakan urusan / kerja rumah tangga, bini yang uruskan. He he.

Murah rezekiespecially ‘suami orang’ yang ramai anak. Kan ke anak itu pembawa rezeki? :-) so, boleh tumpang sekaki. He he.

Gila kau tak sayang / cinta ‘suami orang’ kalau jenis macam ini?

Meh aku tunjuk siapa ‘suami orang’ yang aku dok gila bayang sangat tu…

cinta hati saya
Dia suami aku!

Dia suami aku! Ha ha.

Dah tentu lah aku cintakan suami orang, tak kaaaan lah suami beruang ke suami kucing ke. He he.

Aku mention suami orang eh, bukannya suami ORANG LAIN, kan kan kan? Ha ha ha.

Hah! Jangan berani nak ‘amik’ ‘suami orang’ kepunyaan aku ni eh! Jangan kan ‘amik’, kalau kau marah kat dia, aku yang mengaum balik kat kau! Takut tak? Ha ha ha

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “PENGALAMAN : AKU CINTAKAN SUAMI ORANG!

Leave a Reply