KEK HARI LAHIR POCOYO YANG SEDAP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

01/06/2013 – 01/06/2015 = 2 tahun!

Advertisement

Selamat hari lahir Afiq Hazim!

Masa… kalau tak dimanfaatkan, memang sia-sia je berlalu. Haihhh, sekejap je dah 2 tahun.

Afiq… dia lah madu, dia lah racun jiwa mama papa juga atok nenek dia. Bila aku tengok Afiq yang tengah leka main, dan dan flash back saat Afiq baru lahir membawak ke meniarap, mengengsot, merangkak, berdiri, berjalan dan kemudian berlari, di samping bercakap, aku rasa macam… “Banyak sangat-sangat nikmat yang Allah berikan pada aku…”. Macam-macam aku rasa dalam 2 tahun membesarkan Afiq.

Birthday cake ni pun inspired by kartun kegemaran Afiq, Let’s Go Pocoyo!

pocoyo birthday cake

Simple! & sedap!

Budak kecil yang excited bila tengok kek dengan kartun kegemaran dia “Hoh! Pocoyo!”  Bila tengok kek kali pertama, Afiq pelik sebab macam mana pulak kartun yang selalu tengok gerak-gerak dalam TV, boleh ada atas kek? Nak kena makan pulak tuh! O__O

End up, Afiq bedal makan kek sampai kenyang. Makanan lain dia tak layan. Ha ha.

pocoyo birthday cake 2

First time dapat duduk dekat-dekat dengan api “Api… Api..” kata Afiq. Suruh tiup lilin tu, alahaaaiii… sopan bebenor meniupnya pun. Ha ha.

Afiq Hazim's Birthday Celebration

#AfiqHazim #2tahun #pocoyobirthdaycake teruja sebab dapat dekat dengan api..Ha ha"api..api" Katanya..Dah.. cepat tiup lilin tu:-D Sopan benar meniupnya punnnnnn. He he. Lastly, papa Zulhelmi Redzwan tolong tiup! hahahah

Posted by Linda Sabri on Monday, June 1, 2015

MAMA & PAPA happy bila Afiq happy. Alhamdulillah…

Kat mana order kek tu? Pinky Retro’s Bazaar. Kedai dia terletak di Alam Avenue 2, Shah Alam. Bersebelahan dengan Puspakom Padang Jawa. Aku ni jenis kalau boleh nak lah ‘consultation’ depan-depan. Puas hati. Terus datang ke kedai tanya macam-macam. Disebabkan permintaan aku tak de dalam list, aku request kek tu custom made. Kos? Murah dan berbaloi. RM 110 (Moist Choc Cake + Buttercream Topping + Edible Image).

Try la:-)

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply