RIADAH PETANG DI KOLAM RENANG PRESINT 6, PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SMS ‘masuk’…

Advertisement

“Jangan lupa bawa baju renang Afiq…”

SMS dari bonda.

Padahal, lagi 1 minit dah ni nak sampai depan pintu rumah bonda kat Cyberjaya tu. Ha ha! Lambatlaaaahhh…

Hujung minggu lepas, berkesempatan bawak anak-anak beriadah ke kolam renang. Dah lama tak main air ni. Kebetulan pulak, memang family aku memang jenis suka main air, berendam-rendam ni. Lebih excited bila adik ipar siap beli muslimah swimming suit! Hoi… siap seduce aku pulak tuh suh beli. Tak lupa jugak dia mention aku patut beli suit size M. Ha ha!

kolam renang p6 dewasa
Kolam renang dewasa Presint 6 (saiz Olimpik)

Kat belakang payung putih tu, ada lagi 2 kolam kecil. Kolam renang latihan & kolam renang kanak-kanak.

Sudah semestinya wajib memakai pakaian renang. Aku? bedal je pakai baju apa pun sebab sekadar nak temankan anak-anak je main air. Kalau masuk kolam renang dewasa tu yang WAJIB pakai swimming suit.

Kami Swimming
Arif, Adeeb & Afiq. They are cousin!

Kemaiiinnnn! Suka gila budak kecil 3 orang ni berenang sakan. Sampai menangis kepenatan lah dorang main air! Ha ha!

Arif dan Adeeb Swimming
Adeeb & Arif

Dengan adanya pelampung leher, kami bebas melepaskan budak kecik 2 orang ni berenang sesuka hati. Ha ha! Adeeb! Jangan gigit pelampung lah! :-p

Huiii! anak siapa lah tu ‘penuh’ je pakai pelampung kuning tu? Keh keh keh.

Afiq Swimming
Afiq

Afiq tak sampai 5 minit pakai neck float tu. Lepas tu mintak bebas. Nak berenang sendiri katanya. Kemaaaiiinnn! Macam terer sangat. He he. Yelah. Dah besar, sesak tengkuk rasanya pakai neck float tu.

Cucu bonda baru 3 orang, TAPI… kadang-kadang tersasul jugak nak memanggil nama. Aaaaaaaaa…. (Afiq? Arif? atau Adeeb?) panjang Aaaaa tu sebelum nak sedar nama cucu sendiri. Ha ha. Bondaaa… Bondaaa… Macam tu lah gelagat bonda masa nak snap gambar budak-budak ni. He he.

Afiq Swimming 2

Muka Afiq tak puas hati sebab dapat berendam sekejap je. Meronta-ronta “Na nakkkk! Na naakkk!”  (Tak nak! tak nak!) bila ajak naik nak balik. Tapi bila dah naik, nampak orang sebelah punya cekodok, terus jerit “nak eaaatt! nak eaatt!”. Ah sudah! Boleh lupa pulak nak bawak makanan. Maklumlah, lepas berhempas pulas main air, dah tentu perut lapar. Dah siap tukar pakaian kering, terus bapaknya bawak pergi beli roti. Dia punya menjerit nak mintak makan, sepanjang masa selagi tak dapat makan. Ha ha.

Oh ya! Ada juga disediakan khidmat sewa pakaian renang. Untuk kanak-kanak, RM 6 / pasang. Untuk dewasa RM 12 / pasang (kalau tak silap lah).

Nah! Jadual operasi kolam renang.

kolam renang presint 6

Bayaran semurah RM 2 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Kolam renang awam dan terbuka.

Ada 1 kolam renang berbumbung. So, tak perlu risau hujan panas, still boleh berenang. Tapi bayaran masuk mahal  lah. RM 5 seorang rasanya. Kolam renang Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply