RESEPI MUDAH BUBUR NASI UNTUK BAYI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Arif dah 6 bulan 6 hari lah lebih kurang. Of course MAMA PAPA excited nak bagi makan makanan pejal. Dan makanan pertama beliau adalah…

Advertisement

BUBUR NASI KOSONG!

Hanya nasi semata-mata. Sebab utama intro bubur nasi kosong, kata suami “Nak ajar anak kenal rasa, biar dari plain. Kalau intro pada rasa yang sedap-sedap (cth : manis), risau dia reject nasi.” Munasabah!

Bab sediakan makanan anak, suami memang 1st class! Nampak je gaya macam tak kisah pasal makan minum anak TAPI… bila dia ‘bukak’ mulut, aku yang banyak membaca ni pun kalah ilmu ngan dia. Ha ha!

Senarai bahan & cara suami sediakan bubur nasi untuk anak

Bahan

1 – 1/2 cawan beras (saiz cawan standard yang memang ada dalam periuk nasi)

2 – 6 cawan air

P/S : Guna beras perang, so air kena lebih. Kalau beras biasa, 4 cawan air pun dah mencukupi.

Cara

1 – Basuh beras hingga bersih

2 – Goreng beras hingga kering (tanpa guna minyak). Sebab? Nak tahan lama.

3 – Kisar beras jadi halus

4 – Tanak beras hingga jadi bubur.

Simple kan?

Dengan hanya 1/2 cawan beras, boleh dapat dalam 8-10 bekas simpanan bersaiz 2 oz. Banyak tu! Jadi stok untuk 3 atau 4 hari.

Jpeg
Bubur Nasi

Simpan dalam freezer. Bila nak guna, turunkan bekas ke chiller (bahagian bawah freezer) sebelum direndam dalam air panas. Bagi yang ada warmer (pemanas makanan), lagi mudah sebab dah ada setting suhu untuk panaskan makanan.

Arif aku bagi makan 1 hari, 2 kali. 1x makan tengah hari & 1x makan malam. Untuk elak bubur tu pekat sangat, aku tambahkan sedikit susu badan. Dengan harapan, malam Arif kurang bangun untuk menyusu tapi tak ada maknanya! Dia kerap juga bangun untuk menyusu. Jangan harap aku dapat merasa nak tidur tanpa gangguan. He he.

Bab sedia makan, memang suami punya hal. Bab bagi makan, itu memang aku punya tugas lah selalunya. Ada dalam entri lepas aku share 10 tips bagi makan pada bayi 6 bulan. Bukan semua bayi mudah nak terima makanan pertama.

Jpeg
Macam raja! makan bersuap siap ada hiburan depan mata.

Nasib baik Arif tak banyak songeh bila nak bagi makan. Tapi tak menyabar lagi adalah! Ha ha!

p/s : Arif makin berat sejak start makan ni…

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “RESEPI MUDAH BUBUR NASI UNTUK BAYI

    1. x digalakkan sampai sebulan…kalau 3 4 hari pun moist bubur tu blh hilang dek suhu sejuk..plg lama better 1 minggu la..:-)

Leave a Reply