Pebble Smart Watch

Dah calar baru sampai. Berkurun menunggu.

Advertisement

Posted by Zulhelmi Redzwan on Tuesday, 19 May 2015

Pasal status di atas ramai orang berminat hendak tahu apa benda ini. Aku tidak pasti sama ada mereka tanya barang sebelah kiri atau kanan. Kalau sebelah kiri, itu adalah screen protector untuk jam sebelah kanan. Jam sebelah kanan itu bernama Pebble Watch. Di Malaysia masih tidak popular jam tersebut kerana tiada official dealer di Malaysia lagi. Di lazada ada jual tetapi sekali ganda mahal dari harga sebenar.

Apa itu Pebble Watch? Ia sejenis alat smart watch seperti Samsung Smart Watch, Apple Smart Watch dan bermacam jenama. Majoriti pengeluar telefon bimbit akan keluar dengan smart watch jenama mereka sendiri. Kalau korang Google Smart watch bermacam jenama akan keluar, cuma tepuk poket tengok duit.

Pebble Classic
Pebble Classic

pebble-time

Kenapa aku pilih Pebble dan bukan jenama popular yang lain. Sebab utamanya adalah MURAH. Ya betul murah, serendah $99 USD. Masa aku beli dulu ringgit tidak seteruk sekarang, around RM370 setelah convert. Penghantaran pulak adalah percuma. Hendak dijadikan cerita, masa aku order itu hilang pulak orang curi. Mana tidaknya dekat depan sampul siap tulis terang-terang harga dan barang untuk declare kepada kastam. Dengan rasa kecewa aku mengadulah kepada company Pebble, dengan harapan mereka ganti. Tapi harapan aku tidak menjadi harapan, kerana mereka menggantikan dengan yang baru tetapi dengan bukti-bukti yang kukuh.

Pebble Time
Pebble Time

Apa kegunaan Pebble ini? Anda boleh lihat waktu sekarang. haha.. Itu jam pasar malam pon boleh buat. Selain itu korang boleh sync menggunakan bluetooth dengan telefon korang. Korang akan mendapat segala notifikasi telefon di jam tangan korang. Korang boleh lihat siapa call, baca dan reply sms,whatapps,wechat,facebook dan segala macam aplikasi. Setakat ini, Pebble Watch paling tahan lama baterinya berbanding jemana lain iaitu 7 hari dan ianya waterproof.

Korang boleh beli direct online di website https://getpebble.com/. Kalau korang pilih stadard delivery iainya adalah percuma dan estimate sampai dalam 2-3 minggu. Kalau masih tidak sampai korang boleh contact diorang. Support diorang memang tiptop, tapi kena bersabar sikit sebab diorang akan balas lewat malam. Ye la, waktu Malaysia dengan US kan jauh.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply