AKIBAT ANAK GILA GADGET!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Haihhh… Zaman makin maju pun bikin susah mak bapak nak jaga anak.

Advertisement

Aku pun tergolong dalam kalangan ibu bapa yang “nah! amik tab ni tengok Pocoyo. Mama nak buat kerja…” guna gadget sebagai pengganti untuk layan kerenah anak. Tapi tapi tapi, seboleh-bolehnya, aku akan tangguhkan kerja sebab nak layan anak. Kecuali kalau kerja mendesak seperti nak kencing berak! Ha ha. Gila kau nak tahan… Agak-agaklah pulak kan nak heret anak sekali masuk jamban dan layan main sep sep tom tom masa tengah ‘lepas hajat’. Ha ha!

Eh! aku pernah tau main cak cak dengan Afiq di sebalik pintu tandas sebab Afiq menangis bila aku tinggalkan bila aku nak kencing. He he.

Memang tak bagus sebenarnya bila budak kecil yang baru nak develop motor skills dan skill lain, dok main gadget je.

Tapi yang bagusnya bila, budak tu layan gadget berunsurkan pelajaran, dengan mudahnya budak tu belajar.

Bonda cerita…

Ada anak jiran kat umah mama ni, 3 orang semua hyperactive! Taska semua give up nak jaga anak-anak dia. Last-last, dia mintak tolong nenek budak tu jaga. Tapi dia bagi lah anak-anak dia layan TV & tab 24 jam sebab nenek dorang tak larat nak handle cucu-cucu terlompat sana sini.

Penyudahnya, anak-anak dia semua tak reti cakap BM. Bantai speaking. Siap slang pulak tuh! Penangan dok layan tab & program in English. Terkebil-kebil lah nenek dorang nak menjawab bila cucu tanya…

Macam tu jugak kesan pada Afiq. Tapi belum sampai 24/7 la menghadap gadget!

abang dan adik gadget

Masa ni memang abang & adik adalah best buddy! Masa lain? It’s a big NO for Arif to stay near to Afiq. Kesiaaannn.. He he.

Semalam pengasuh dorang Whatsapp..

anak dan gadget

Suami tengok, terus cakap

“Afiq dah macam addicted to gadget. Lepas ni sorok semua!”

Alaah… Papa main tipu, mana aci kalau Papa boleh pulak pegang handphone masa kat rumah? :-p

4 thoughts on “AKIBAT ANAK GILA GADGET!

  1. irine belum tahap gila gadget.. dia masih di awang awangan main anak patung..then nyanyi2.. gadget dia macam bolayan..tapi kalau tv, adoiii… dah pandai gaduh laa nak tengok Hi5.. T_T

  2. Anak2 yang addicted to gadget ni selalu lambat bercakap..anak buah saya dah masuk terapi dah..alhamdulillah getting better..biar berpada kalau nak expose gadget2 untuk anak2 ni..just my two cent..

Leave a Reply to Red Linda Cancel reply