KESAN SUNTIKAN VAKSIN CAMPAK UNTUK BAYI 6 BULAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni mungkin musim penyakit dek cuaca panas dan hujan yang tidak menentu. Afiq & Arif, dua-dua kurang sihat. Abang demam panas, adik campak keladi. Naik bintik-bintik dari kepala sampai ke kaki.

Advertisement
Jpeg
Jpeg

*Saja blurrrr kan gambar, seksi! Ha ha.

Aku jadi pelik sebab tiba-tiba je Arif jadi macam ni. Padahal keliling dia (setahu aku lah) tak ada pun sesiapa yang ada penyakit berjangkit (baca : campak).

Tiba-tiba suami ingatkan “Arif ni sama macam Afiq dulu la… Syg tak ingat ke? Kan Afiq pun naik bintik-bintik macam ni masa lepas injection chicken pox (vaksin umur 6 bulan)?”. Kagum kejap aku dengan daya ingatan suami. Ha ha. Bukan ker selalunya lelaki ni macam tak berapa nak ingat kalau bukan hal yang tak ada kaitan dengan dia? :-p

Actually, Arif baru 5 bulan.Tapi masa gi klinik untuk suntikan 5 bulan, doktor suggest untuk ambil sekali dengan suntikan untuk 6 bulan. Measles (campak).

Tinggg! terus teringat ubat Afiq dulu.

Jpeg
Calamine Lotion

Aku dah tengok expired date adalah pada tahun 2016.

At least, bila guna ubat ni, Arif kurang sikit nak garu-garu. Aku yang kena garu dek jari Arif pun terasa perit kulit, tak boleh bayang macam mana rasanya ‘sedap’nya menggaru tu bila si Arif dengan bersungguh-sungguhnya kruk krek kruk krek (siap bunyi!) menggaru kulit-kulit dia. *scary*

Hasilnya….

Jpeg
Jpeg

‘Hantu’ cina mamaaaaaa! Scary kan? Ha ha

p/s : menjaga 2 orang anak kecil yang merengek, memang menguji kesabaran 2x ganda dari biasa. Phewww!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “KESAN SUNTIKAN VAKSIN CAMPAK UNTUK BAYI 6 BULAN.

Leave a Reply