KEMBARA SUSU IBU (BHGN 9) : TIPS MENYUSUKAN BAYI BILA PUTING PAYUDARA RATA / TENGGELAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bhgn 1) : Susahkah Menyusukan Bayi Baru Lahir

Advertisement

Kembara Susu Ibu (Bhgn 2) : Perutusan Buat Suami Yang Menyusukan Anaknya..

Kembara Susu Ibu (Bhgn 3) : Pam Susu Ohhh Pam Susu…

Kembara Susu Ibu (Bhgn 4) : Kisah Konflik Ayam, Sotong & Daging Dengan Susu Ibu

Kembara Susu Ibu (Bhgn 5) : Milkbooster & Milkkiller Untuk Mama

Kembara Susu Ibu (Bhgn 6) : Tips Mudah Untuk Tadah Susu Badan Supaya Tak Membazir!

Kembara Susu Ibu (Bhgn 7) : Cara Mudah Untuk Bekalkan Susu Badan Pada Pengasuh Anak

Kembara Susu Ibu (Bhgn 8) : Persediaan Untuk Kembali Ke Pejabat

AMARAN! Ini bukan entri lucah. Hanya ingin berkongsi ilmu.

type of nipple
Jenis-jenis puting payudara

Macam-macam dugaan dan cabaran bagi ibu yang menyusukan bayi. Salah satunya adalah masalah puting payudara! Sama ada rata atau tenggelam. Dan aku adalah salah seorang ibu menyusukan yang alami masalah tersebut.

Walau apa pun dugaan yang datang, aku cuba atasi sedaya mungkin demi memberikan yang terbaik untuk anak. Apa aku buat?

TERUS TERUS DAN TERUS SUSUKAN ANAK!

Awal-awal dulu masa belajar nak susukan Arif secara terus (Direct Feeding : DF), aku hampir give up dek masalah macam ni. Tapi bila suami bagi sokongan moral, sedikit demi sedikit semangat untuk DF makin bertambah. Ya! sokongan dari suami memang sangat diperlukan dan sangat membantu. Bukan mudah ya nak menyusukan anak ni.

Arif menangis-nangis tak dapat ‘grab’ puting masa DF. Apa lagi, asal aku sua, dia tolak. Sua, tolak! Ahhh…

Tapi bila dah lapar sangat, Arif akan gigih jugak sedut bila aku suakan puting. Tapinya sambil teriak menangis-nangislah. Dengan sepenuh hati dan sekuat daya dia menghisap. Ouch! ngilu oi! Nasib baik puting ni tak luka.

Ditambah lagi cabaran bila dalam masa yang sama, aku kena ajar Arif hisap susu melalui botol sebab fikir dia akan dihantar ke pengasuh time aku kerja. Dah sedap dan mudah hisap puting botol, memang Arif marah lah sebab bila DF je tak dapat ‘grab‘ puting macam puting botol. Haihhh…

Tapi aku tetap usaha dan ajar Arif DF. Motif?

  1. Misi penyusuan sehingga umur Arif 2 tahun, harus diteruskan!

  2. Untuk kekalkan supply berdasarkan demand menyusu Arif.

  3. Mudah menyusukan Arif bila keluar ke mana-mana. Tak perlu botol susu bagai…

Bersusah dahulu demi kebaikan di masa hadapan.

Analoginya begini… lagi disedut, lagi terkeluar. Dengan hisapan dari mulut anak, membantu supaya puting payudara timbul. So, kena kerap DF anak. Tapi kalau bapaknya nak buatkan, lagi bagus kan? Kuat sikit sedutannya. Kah kah kah!

* Teringat suggestion tukang urut masa aku berpantang hari tu. “Nak timbulkan puting tetek ni, mintak tolong suami hisapkan…”

Selain dari sedutan Arif masa DF, aku bergantung jugak pada breastpump. Ye lah. Masa Arif tidur, payudara ‘penuh’, siapa pulak nak tolong ‘kosong’kan? Nak mintak tolong si Afiq (abang Arif), sampai lari 1 rumah punya tak nak hisap tetek mak dia! Ha ha ha.

Kalau Arif berjaga, caranya, pam seketika untuk timbulkan puting tu, then bolehlah bagi anak hisap.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha gigih, aku mampu atasi masalah ini.

Nasihat aku untuk ibu-ibu yang menyusukan, jangan mudah putus asa. Buat yang terbaik selagi mampu. Bukan cuba sekali dua then dah cakap “Alaaa… tak boleh laaahhh!”. Nak buat benda baik, meeeeemang banyak dugaannya. Jadi jangan harap sekali dua buat lepas tu expect hasil yang memberangsangkan.

Itu belum lagi kalau kena dugaan susu badan drop! Nanti aku share lain.

puting tiruan untuk menyusu bayi
Puting tiruan untuk menyusukan bayi

 

Alternatif lain adalah dengan menggunakan puting tiruan. Pakai puting tiruan ni pada payudara, bila anak hisap, automatically puting akan tersedut juga.

Tapinya aku tak adalah guna cara ni.

breastfeeding quote

Happy breastfeeding! ^_^v

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply