TIPS UNTUK SUAMI YANG BUSY : CARA MUDAH TAK NAK ISTERI MEMBEBEL.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada fakta / kajian yang mengatakan bahawa

Advertisement

Wanita cenderung untuk bercakap 20,000 patah perkataan dalam sehari berbanding lelaki yang hanya 7,000 patah perkataan sahaja sehari

Aku percaya! Sebab apa?

Yang membebel -> PEREMPUAN

Yang memujuk / membelai -> PEREMPUAN

Yang menggoda dengan mulut manis -> PEREMPUAN

Yang rajin mengomel -> PEREMPUAN

Yang suka bercerita -> PEREMPUAN

Yang apa lagi…? Kebanyakannya PEREMPUAN. Ha ha! Ehhh.. aku bukan nak diskriminasi kaum sendiri tapi inilah realiti. Bukan ker ada ‘pepatah’ yang mengatakan

“Kau ni… membebel / banyak mulut macam PEREMPUAN!

Kaaannn….?

*********************************************************************************************************

Aku teringat suami pernah cerita pasal kawan lelaki dia yang mengadu

Kawan : Aku buat part time job tapi bini aku bising lah sebab aku selalu busy. Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Dah memang aku kena kerja lebih sebab aku nak beli rumah, bla bla bla…

Suami : Senang jer…!

Kawan : Macam mana?

Suami : Dari pendapatan part time job kau tu, spend sikit buat beli hadiah untuk bini kau. Lagi bagus kalau kau belikan barang yang dia nak / suka. Confirm dia tak bising. He he.

Kawan : Owh… berkesan ke? Tapi memang dia ada cakap kat aku yang dia berkenan dengan 1 almari ni…

Suami : Confirm!

Ternyata si bini Kawan tu tak bising lagi bila dia sibuk dengan part time job nya, selepas dapat almari idaman. He he.

*********************************************************************************************************

Owh… patutlah suami treat aku pergi holiday hari tu sebab tak nak aku membebel bila dia asyik busy dengan freelance jobs. Nasib baik aku tak sound “Haaa.. kahwinlah dengan komputer tu!” sebab freelance jobs suami buat website / sistem. Kiranya suami berjaya ‘senyap’kan aku sebelum kena ‘tembak’! Ha ha ha.

Itu hadiah tahun lepas.

Disebabkan tahun ini pun suami selalu busy jugak dengan freelance jobs, dan mujur jugak aku faham dan tak sempat ‘tembak’, aku dapat hadiah lagi!

Jpeg

Mungkin ini hadiah bundle sempena aku lahirkan anak ke-2 dan penat uruskan 2 orang anak kecil. Dah takdir dapat suami gila gadget. Apa-apa pun, terima kasih B! :-)

Ehhh! jangan harap aku nak berhenti membebel eh… Ha ha!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply