KOS BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA TAHUN 2014 – SALAM SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedia maklum, bersalin di hospital swasta memang agak mahal. Beza pada amaun dan kemampuan je. Bila dah start GST April 2015 nanti, mesti lagi up harga pakej bersalin.

Advertisement

PAKEJ BERSALIN MURAH

Just nak share cas yang dikenakan pada aku masa lahirkan anak ke-2, Arif, di SALAM Shah Alam Specialist Hospital hari tu.

Jpeg

Final bill = RM 2,432.80.

Kalau ikutkan, net price untuk bersalin normal adalah RM 1,999. Tapi sebab masa bersalin tu, aku ada komplikasi uri tersangkut / melekat di dinding rahim, so doktor ada buat minor procedure untuk keluarkan uri tu. Senang cerita, doktor seluk tangan melalui vagina dan korek kruk krek kruk krek sikit lah dalam rahim tu. Aiiyyyaaaakkk! Dengar macam ngeri, bayangkan macam sakit kan? Tapi aku tak rasa pun macam tu. Just rilex!

Maklumlah, penat berjuang melahirkan anak masih lagi terasa waktu tu. So, apa yang doktor buat pada tubuh badan aku, aku tak kisah asalkan dah selamat lahirkan bayi dan aku tahu doktor tahu nak buat kerja dia.

Doktor : Suaminya tolong pegangkan topeng gas Etonox tu. Bagi linda sedut gas tu…

Sakit? Errrmmmm… macam tak rasa sangat. Tak pasti sama ada sebab dah kena bius atau sebab penangan gas Etonox yang memamaikan. Aku memang mamai tapi aku masih lagi boleh dengar suara doktor, nurse dan suami yang berborak ketika itu. Aku masih lagi boleh rasa tangan doktor yang buat kerja ‘dalam’ badan aku. Cuma… tak rasa sakit. Nasib baik.

Aku discaj dari wad dalam pukul 11.30 pagi. Ikutkan hati awal dari itu aku nak keluar tapi kena tunggu nurse siapkan bil je dah sampai tengah hari. Pakej bersalin tu siap dapat goodies bag.

Jpeg
Boleh guna jadi beg sekolah Afiq bila tadika nanti :-p

Macam-macam isi dalam beg tu. Ada sampel toiletteries (Johnson & Johnson), 2 kotak susu Enfalac A+, breast pad, dan lain-lain yang aku dah lupa.

Next delivery? Hoiiii! Memang tidak lah aku terfikir dalam masa terdekat ni. Penat!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

6 thoughts on “KOS BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA TAHUN 2014 – SALAM SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL

  1. Hospital dah cantik dan pakej murah,tapi pekerja-pekerja buat sakit mata dan hati,bila call susah nak jawab,pekerja yang buat keputusan sebelum tanya doktor,kesal sungguh kerana ramai melayu bekerja di situ tp perkhidmatan yg lembab,banyak berborak dan ada yang berniaga sambilan,mereka tak perasan ke yg pelanggan mereka memerhatikan

    1. Dalam setandan pisang, pasti ada yang busuk…

      alhamdulillah sepanjang saya mendapatkan servis di situ, bermula dari khidmat telefon (call terlebih dahulu utk bertanya ttg prosedur), urusan kaunter pendaftaran sehingga selesai di kaunter bayaran, urusan dipermudahkan. tiada apa masalah yang menjengkelkan, malah layanan yang diberikan amat memuaskan..

  2. Asmlkm…tumpang tanya…masa bersalin suami bole teman skali dlm labour room ke & lps bsalin pulak if dpt bilik double..suami bole sekali dlm bilik tu ke or bilik single jer bole..tq

    1. Waalaikumusalam. suami boleh teman dalam labour room. Tidak pasti kalau bilik double sebab dah dua kali wife bersalin kat situ dapat bilik single.

Leave a Reply