RESEPI BUBUR JAGUNG YANG MUDAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kadang-kadang keinginan tu muncul tanpa dipinta.

Advertisement

Masa on the way balik dari kampung, lalu area Sabak Bernam, nampak deretan gerai tepi jalan jual buah-buahan dan jagung. Tiba-tiba tekak ibu mengandung teringin sangat nak makan bubur jagung. Terus berhenti singgah beli jagung mentah kat gerai tepi jalan. RM 10 untuk 11 batang.

Dengan semangat berkobar-kobar nak masak dan tekak yang tak sabar nak rasa keenakan bubur jagung, sudahnya, suami yang masakkan. Ha ha. Aku? Sibuk uruskan anak dan kemas rumah. Maklumlah, baru balik dari kampung, dengan setimbun baju kotor nak dibasuh, kemas rumah lagi. Ditambah dengan faktor pergerakan aku yang agak lambat ala-ala penguin. Kalau nak tunggu aku yang masak, memang esok lusa baru siap lah kot bubur jagung tu. He he.

Antara bahan-bahannya adalah

Bahan bubur jagung copy
Jagung Mentah, Gula Melaka & Santan

Kuantiti bahan yang suami gunakan untuk 2 orang makan :-

  • 5 batang jagung (terpulang pada saiz jagung. Kalau kecil, boleh guna banyak)

  • 1/4 batang gula melaka (boleh juga guna gula)

  • 1 kotak santan

  • 1 cawan air (terpulang nak masukkan berapa banyak untuk dapatkan ‘kuah’)

 

Kebetulan stok jagung mentah yang dibeli tu saiz sedang-sedang aje.

bahan bubur jagung 4

Togelkan jagung tadi. Hasilnya dapatlah banyak ni…

bahan bubur jagung 2

Masukkan santan, air dan gula melaka tadi. Gaul di atas api yang sederhana. Hasilnya…

V

V

V

V

V

Taraaa!!!

Jpeg
Rupa memang tak cantik, tapi rasanya ‘cantik’ kot. He he

Kali ke-2 buat bubur jagung, disebabkan masak banyak, aku bawak pergi office, kasi officemates sarapan. :-D

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

5 thoughts on “RESEPI BUBUR JAGUNG YANG MUDAH

  1. Waaahhh.. sedapnya bubur jagung. Saya pun memang suka sangat2 bubur jagung, tapi hari tu baru je rebus jagung tapi tak sempat nak siapkan buburnya. Sekali mentua datang rumah terus amek santan wat lauk. jagung tu campur marjerin la jadinya.. hihi

Leave a Reply