SEKOLAHKU TERBAKAR…

Assalamualaikum & salam sejahtera

Terkejut semalam aku baca Kosmo! Online, salah 1 berita adalah tentang Pelajar Sekolah Bakar Bilik Darjah! Dahsyat budak-budak remaja zaman sekarang. Dek kerana tak puas hati dengan pelajar kelas lain, habis sekolah dibakar. Macam pepatah “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar!”

Advertisement
berita sekolah terbakar
Gaduh kat Facebook, sekolah jadi mangsa!

Yang buat aku terkejut beruk lagi bila baca artikel tu

SMK Taman Setiawangsa
Sekolah menengah aku dulu….

Sekolah menengah, tempat aku menimba ilmu sampai habis tingkatan 5, terlibat dalam kes ni. Aku 2nd batch yang graduated dari sekolah ni tau. SPM tahun 2003 (sila kira umur aku sekarang) Ha ha. Sedih oiii! Zaman aku remaja dulu, walaupun macam-macam kes disiplin budak-budak baru nak up ni, tapi tak adalah sampai bakar sekolah. Walaupun rasa malas nak pergi sekolah, tapi kelas kami jaga dengan baik dan bersih. Sanggup keluarkan duit sendiri untuk beli kertas kaler warni warni pastu deco papan buletin. Sebab nak rasa macam seronooookkk je duduk dalam kelas, lepas tu masing-masing asyik toleh belakang sebab nak tengok hasil seni hiasan dalaman kelas yang dah siap tampal semalam. Lagi-lagi budak yang beria join masa buat hiasan papan buletin tu (contohnya macam aku la) He he. Lepas tu, lagi semangat nak tepek nota-nota subjek buat sharing session 1 kelas.

 p/s : tiba-tiba terasa nak sambung belajar. Eh?

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “SEKOLAHKU TERBAKAR…

  1. dulu zaman akak skolah disiplin camne ek? nak tahu sikit pasal smkts sebab adik ( lahir 2001) bulan 8 lepas baru pindah smkts. :) harap balas

Leave a Reply