SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIANKU… SEORANG BLOGGER!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Abg BEN

Advertisement

 Pertama kali menyertai segmen / task anjuran blogger popular Ben Ashaari. Sebelum ini, selalu baca je hasil tulisan beliau di blog. Cerita beliau sebagai Mr. Mama. Kelakar! He he.

Untuk task ini, Ben cuba untuk tonjolkan sudut kelebihan dan kebaikan menjadi seorang blogger dan fungsi blog yang kita ada. Secara tak langsung, beliau buat kita terfikir kembali, apa matlamat kita mempunya blog, menulis artikel / entri dalam blog dan juga belajar ilmu dalam menulis blog. Macam mana beliau lakukan? Ni aku nak bagi tahu…

Mula-mula dia suruh kita cerita latar belakang kita secara ringkas. Sesi ice-breaking lah kiranya.

Aku adalah seorang isteri kepada seorang suami yang juga seorang blogger.  Dahulunya mempunyai blog sendiri di bawah nama journey-of-red.blogspot.com dan telah diupgrade kepada redlinda.com. Namun, setelah berkahwin, blog sendiri terabai sehingga expired dan secara automatiknya menjadi penulis ke-2 untuk blog ini. Actually, suami adalah empunya asal blog Anak Perak ni.

anakperakdotcom1

 

Dilatihnya pula kita buat ‘public writing’ yang menyatakan kelebihan blog dan juga sebab-sebab yang kuat untuk jadikan blog kita ini sebagai blog pilihan pembaca…

Blog ini bersifat pengalaman dan kisah hidup penulis. Dalam meniti hidup, pelbagai maklumat dikongsi dari segi Info Keibubapaan, Tempat-Tempat Menarik Untuk Dilawati, Teknologi Maklumat (IT) serta pengalaman penulis menyertai aktiviti-aktiviti di bawah nama Blogger ( contohnya review filem anjuran Nuffnang / ChurpChurp, aktiviti riadah anjuran blogger otai). Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat web design & development (bahasa pasar : buat website @ sistem) termasuk sistem e-commerce, pun boleh contact kami di Helmi IT Solution (HIT Solution)

anakperakdotcom2

 

 

anakperakdotcom3

 

Akhir sekali, Ben Ashaari membuatkan kita sebagai penulis blog ni ‘nampak’ matlamat / hala tuju menulis blog apabila kita diminta untuk menceritakan impian sebagai seorang blogger.

Cukup dengan niat ingin berkongsi pengalaman juga ilmu serta memberi manfaat (sebagai pakar website) kepada manusia lain. Hasil – hasil lain seperti pendapatan juga tawaran peluang menjadi VIP untuk apa-apa acara yang melibatkan media, itu adalah rezeki lebih buat diri ini sebagai seorang penulis blog. In Sha Allah…

Abang Ben Ashaari kata, tarikh tutup penyertaan adalah pada hari ini, jam 8 malam. Jom kita sama-sama ‘luah’kan apa yang kita inginkan sebagai seorang penulis blog. Sekian.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

8 thoughts on “SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIANKU… SEORANG BLOGGER!

    1. Sayang mmg sayang tapi sebab ms tu komitmen lebih kpd hal lain,jadi x dpt teruskan…apa2 pun, terima kasih sbb pernah singgah blog lama sy..:-)

Leave a Reply